Perkhidmatan

Bak kata pepatah Jerman, "Arbeit macht das Leben süß" yang membawa maksud; kerja keras dan jujur takkan menyakiti sesiapa.

Terkesan dengan pepatah tersebut, saya terpanggil untuk membuka peluang kat diri sendiri dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sering disarankan oleh pihak kerajaan. Ape kaitan ngan pepatah di atas, senarnya saya pun tak pasti.

Baiklah, berikut merupakan antara calon-calon perkhidmatan yang saya sediakan;

1. MELUKIS PORTRAIT
Saiz A4, medium pensel - Harga RM30-50 (bergantung kepada kesusahpayahan nak lukis)



Ini antara yang penah saya lukis. Time jadi, jadi la. Time tak jadi pun selalu jugak haha. Sumenya rezeki Allah. Cuma yang digital drawing saya da tak buat sebab tablet drawing sudah terjual.. Sob33. Ade gak cuba lukis guna mouse tapi tak dapat detail lah. Menderita, cam kat bawah ni nak lukis mau separuh hari. Lagi lukisan klik di sini dan sini.

..........................................................................................................................................................................

2. MEMBUAT VIDEO MONTAJ/TEASER dan seumpamanya 
Durasi <5 minit - RM50 ke atas. Bergantung kepada tahap korporat yang dikehendaki.


Ini contoh yang penah dibuat. Software dan apps yang saya pakai ada pelbagai, masih mengeksplore bergantung kepada tema video yang dibuat. Lagi video klik di sini.

..........................................................................................................................................................................

3. MENDESIGN 
a) Backdrop/banner/bunting/poster
Tak bergantung kepada saiz, tetapi pada ke-kompleksitian-nya - Harga RM30-50

b) Logo dan baju T
Hat ni pun depend kepada kompleksiti. 

Lihat contoh logo di sini.

..........................................................................................................................................................................

4. FOTOGRAFI/VIDEOGRAFI

Untuk majlis kawin ke, ape majlis ke.. Ha.

..........................................................................................................................................................................

5. MEMBANGUNKAN LAMAN WEB

Nak bikin website mungkin tak susah sangat, tapi agak leceh dan take time. Jadi kalu anda tade masa dan malas nak berlegar-legar di tengah kelecehan Blogspot, Wordpress, Tumblr, Joomla, Wix dan ntah ape2 lagi yang bakal wujud, buleh hubungi saya. 

..........................................................................................................................................................................
 
6. MENGAJAR IQRA/QURAN
Free!
Hat ni free, sebab arwah tok guru saya dulu pun mengajar kami secara FREE! Saya taklah sebaris ustaz2 atau cikgu Quran yang fulltimer. Kalu diorang ibadat kontrator kelas A, saya ni kelas B- la kot. Namun insyaAllah sikit sebanyak pengalaman mengajar dan ilmu yang masih banyak perlu saya sendiri pelajari, moga dapat membantu adik2 atau kawan2 yang ingin memperbaiki bacaan.

..........................................................................................................................................................................

7. PRINTING A4/A3
Hat ni available sekiranya anda berada di sekitar UTM Skudai.

Itu saja perkhidmatan yang buleh saya kemukakan, dan sebut harganya. Kalu nanti saya nak tambah perkhidmatan seperti catering ke, sewa khemah ke, sewa pesawat ringan ke, saya akan update kemudian ye.

Anda buleh hubungi saya kat blog ni, atau melalui email, tuahmohdbakheet@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Terima kasih! :)

1 comments

  1. bagus2..tambah pendapatan time study..=)
    #mcmana nk jadi rajin yer? phew~

    ReplyDelete