Semoga dipermudahkan


Alhamdulillah Ma ngan Abah selamat berlepas menunaikan umrah pada Khamis lepas. Tepat jam 2.00 petang mereka check in, dan 10 minit kemudiannya baru aku sampai KLIA menaiki tren. Since morning aku rushing dari JB tapi tak ape la, takde rezeki untuk jumpa mereka sebelum berlepas.

Hanya gambar yang mampu aku belek-belek. Rasa frust jap, nak nangis pun ade. Ahaha.. Entah la, mungkin hepi sangat dan teringin sangat nak tengok wajah Ma ngan Abah. Maklum la, ini pertama kali mereka dapat rezeki ke sana. Bagi Ma yang tak berani pun untuk bermimpi pegi sana, pegi umrah pun rasa cam pegi haji. Maklum saja kami bukan orang senang.. Bersyukur sangat. 

Aku pernah berniat, nanti sampai masa aku mampu untuk berkahwin dan andai ketika tu Ma dan Abah belum melangkah menunaikan hatta umrah, aku mahu kumpul wang untuk itu dulu.

Alhamdulillah sekali lagi, sungguh perancangan Allah itu jauh lebih baik :)

2 comments