"Ya Allah, aku ingin sangat melihat Ma, Abah dan Umi suatu hari nanti, ketika mereka masih sihat kuat dan mampu, dapat menunaikan ibadat Haji.. Dan terlebih dahulu ibadat Umrah kerana ia lebih mudah.
Ya Allah, Abah pernah beritahu akaun Tabung Hajinya hanya 'seringgit dua', dah lama tak kemaskini. Maklum la, gaji Abah berapa, anak Abah berapa..
Ya Allah, sebolehnya dan semahunya aku sendiri yang ingin membiayai mereka ke sana. Aku yakin adik-beradik yang lain pun fikirkan hajat yang sama walau masing-masing untuk luahkan. Namun, aku pun sedar mungkin belum tiba masanya aku dapat melakukannya. Terutamanya Abah, aku tersangat bimbangkan faktor usianya.
Ya Allah, murahkanlah dan bukakanlah pintu rezeki Ma, Abah dan Umi walaupun bukan melalui aku, agar mereka dapat bersegera tunaikan Umrah dan Haji.. Huhu."
Tadi call Ma dan Abah, nak tanya kabo dan minta duit.. Tett!!
Tapi sebelum aku bagitahu dah tade duit, Ma tanya bila nak balik. Kata aku insyaAllah dalam 2 minggu lagi. "Haa, baguih la lagu tu..", kata Ma.
"Pasai pa ma?", tanya aku balik. (x abes2 bajet Kedoh.. ekeke)
"InsyaAllah Ma ngan Aboh nak pi umrah 13 Mac ni", jawab Ma. Aku terkesima jap.
"Haa kalu hang balik, buleh la tengok-tengokkan adik-adik.. Abe E pun ada, ramai sikit kat rumah nanti", sambung Ma.
Ooo lagu tu. Niatnya nak balik tu sebab double wedding kakak ngan adik nanti. Tup-tup dapat berita yang lagi mengembirakan! Alhamdulillah, aku syukur dalam-dalam. Kata Abah, pejabat dia yang seponser. Pasport sume pun katanya dah setel. Tunggu nak fly aje.. Yeay. Rasanya Abah biasa la naik flight, Ma rasanya belum lagi.. Yeay!
Ohya, Ma pesan nanti jangan la bagitahu kat facebook. Lek-lek sudaa, katanya. Oke Ma!
Tapi Ma tade pesan jangan tulis kat blog, so buleh la aku tulis! Huhehe.
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, segala puji dan syukur pada Mu atas berita gumbira ini, Ya Allah :) Sekian lama didoakan [walau tak istiqomah.. huhu] akhirnya tercapai jua. Moga-moga suatu masa nanti Ma dan Abah dapat buat Haji pula insyaAllah, dan Umi jugak nanti;)
Ya Allah heppinye!



3 comments
alhamdulillah....
ReplyDeletealhamdulillah.. tumpg hepi untuk ma n abah n kamu juge..jeles molek sero..wawawa..nok g jugop..T_T kalu buleh kelik blehla ikut along g jupo ma abah sblum g denu tp xleh kelik kot..huu kimslm byk ko ma yg comey.. ejas beli niqob so..tett! =P
ReplyDeletehehe.. xpo kita mudo lagi insyaAllah ada rezeki nati sapa jugop =D
ReplyDelete