Aku dah pun mulakan BM - Ep. 7 (akhir)


Tetiba aku terlintas tentang sakit Fisa yang aku still tak tahu tu. Sebab sakit tu ke dia tolak? Lantas (ayat novel abes) aku terus tanya dia.

"Enti tolak sebab kesihatan enti ke? Enti ada sakit ape? Ana takpe, ana tak kisah..", bingkas aku tanya dia. Straight to de point lak tu. Gelabah.

"Hah?", respon dia agak terkejut.

"Oooo...", dia sambung lagi, sambil matanya melirik ke arah Makcik Naisah. Pastu makcik macam nak tersenyum, tapi dia cuba elakkan. Mungkin sebab keadaan tengah seyes masa tu.

Kemudian Makcik Naisah bersuara, "Sebenarnya Akhi Umar.., memang Ukhti Nafisah tak sihat masa tu. Tapi takde la seyes atau berat sangat.. Atau sampai takleh mengandung ke.. (alamak makcik ingat lagi yang aku tanya dulu).

"Tempoh hari tu, dia demam saja. Suspek denggi, itu yang ada muntah-muntah, lemah-lemah sikit. Tapi sekarang dah elok dah..", sambung makcik.

"Ukhti Nafisah yang minta makcik jangan bagitau enta. Segan katanya, ye la benda tak seyes mana pun..", sambung makcik lagi.

Appp!!!! Apparaaa.. (tepuk dahi)

Siot, gua tertipu! Kantoi free-free je yang gua concern lebey kat Fisa. Malunye! Tapi jauh dalam hati, rasa syukur dan lega yang aaaamat sangat.

Kali ni Makcik Naisah tersenyum lebar. Yang lain pun. Fisa plak tutup mulut ngan tudung dia. Sah sah dia tengah ketawa.. Arghh malunye! Ni sume Iman punya pasal.

"Jadi alhamdulillah la kalau takde ape-ape", kata aku untuk cover malu dan meredakan ketawa diorang.

"Ana ingatkan sebab tu..", sambung aku lagi. Suasana kembali seyes.

Kemudian Makcik Naisah bersuara;

"Bunga yang dah cukup masanya memekar wangi,
Sayang bila tiada siapa yang mahu hargai,
Kerana lewat nanti ia akan melayu hilang seri,
Sedang masih tiada sang rama-rama yang menghampiri.

Ada sang rama-rama terlihat pada suatu hari,
Tapi sayang akhirnya dia berlalu pergi,
Apa perlu bunga itu tetap menanti?
Mujur kemudian ada yang lain mahu mendekati."

Perghh! Makcik perli aku. Bersajak pulak makcik. Lancar, ade skrip ke tuu? Taaaapi, itu maksud..., dah ada orang lain yang risik Fisa! Oh baru aku teringat yang makcik cakap dulu - ada ikhwah lain nak risik Fisa.

"Ada ikhwah lain minta Ukhti Nafisah?", aku tanya minta kepastian.

Tanpa menunggu lama, Fisa hanya mengangguk.

"Itu ke yang enti nak cakap masa kita last jumpa dulu?", aku tanya lagi. Kali ni Fisa lama diam, seperti sedang recall sesuatu.

"Eh bukan.. Pasal ikhwah ni, baru-baru ni saja. Kebetulan selepas enta minta putus. Ana minta maaf..", terang Fisa jujur. Aku terpaksa terima.

"Jadi yang enti nak beritahu dulu tu, tentang apa? Makcik yang kata, kalau ana tak minta putus masa tu, enti yang nak minta putus. Betul ke?", aku soal semula.

"Erm.. Ye, betul", balas Fisa. Aku sabar menunggu dia sambung lagi.

"Sebenarnya.., tapi sebelum tu ana nak minta awal-awal kalau enta tak suka dengan apa yang ana katakan ni.", sambung Fisa.

"Ana rasa, ada akhawat lain yang lebih sesuai untuk enta", kata Fisa lagi. Aku terkejut, pelik, kaget dan yang seumpamanya. Tapi aku cuba control dan biarkan dia habis cakap dulu.

Lama diam, Fisa sambung lagi, "yang ana maksudkan adalah anak usrah ana sendiri, dan enta sangat kenal dia".

Kali ni aku rasa sangat berdebar-debar. Orang tu macam Iman jeee..

"Nama dia Ukhti Nur Imanina.. Junior enta kan?", kata Fisa. Tepat tekaan aku.


Uhahaha! Aku rasa nak gelak kuat-kuat je, macam Beto Khusyairi dalam citer 'Aku, Dia dan Tong Sampah'. Kalau la Fisa tahu sebab nak kat Iman la aku minta putus dulu. Sekarang dia pulak yang rekemen Iman untuk aku. Argh, mind blowing!

Aku dan naqib aku saling berpandangan. Kalau buleh letak caption, - 'if you know what I mean'.

Nope, bukan makna aku suka ngan apa yang berlaku sekarang ni. Sebab aku dah buat keputusan untuk pilih Fisa, bukan Iman. Frust kot.

"Kenapa pulak?", aku tanya dia.

"Sebab pertama, enta sebenarnya yang inspire dia untuk mula berusrah. Memang betul ana yang appoach dia dulu. Tapi kebetulan dia memang nak cari usrah. Bila dah lama kenal, baru dia cerita - yang buat dia nak cari usrah awal-awal dulu, sebab tertarik ngan cara enta. Dia dapat tahu yang enta budak usrah, jadi dia rasa nak cuba. Itu laa.. Dia banyak sebut tentang enta, macam-macam laa.. Dan dia sangat berterima kasih kat enta", Fisa jelaskan. Erk!

"Keduanya, bila dia banyak sebut tentang enta, puji enta dalam keadaan dia tak tahu yang kita berdua sedang berurusan Baitul Muslim masa tu, ana rasa kurang selesa", sambung Fisa lagi.

"Bukan maksudnya ana cemburu, tak. Ana just rasa tak sedap hati bila bayangkan, kalau takdirnya antara kita betul-betul jadi, apa ana nak cakap kat Ukhti Iman? Masa tu dia still baru. Ana sendiri yang tak selesa. Mungkin ana banyak sangat fikir kot", Fisa akhiri explaination dia.

"Owh, sebab ini la enti setuju untuk kita jumpa arini?", aku kembali tanya dia.

Fisa hanya mengangguk. Aku tertunduk. Padan muka aku.

"Ana minta maaf kalau enta tak suka. Ermm, tapi secara peribadinya ana berani kata yang Ukhti Iman sangat baik orangnya. Lagipun ni dah dekat setahun dia dengan ana, dan dia sangat komited!", Fisa masih cuba yakinkan aku.

"Jadi andaikata enta melamar Ukhti Iman suatu hari nanti dan menjadi zauj (suami) kepada dia, ana yakin itu yang terbaik untuk dia, untuk dakwah dia.. InsyaAllah", Fisa akhiri kata-kata dia.

"Jadi ana kira enti terima proposal ikhwah lain tu?", aku bertanya.

Tetiba naqib aku mencelah, "Akhiii...". Ok, dia tak setuju aku tanya tentang urusan peribadi Fisa.

Ok, aku faham. Sorry!

...................................................................................................................................................

Masa pantas berlalu. Aku dapat satu invitation walimah kat facebook. Yang invite tu ikhwah la. Kenal, rapat. Dan aku baca nama pasangan dia - Sayyidah Nafisah. Aku tersenyum. Alhamdulillah, jodoh mereka berdua. Mabruuk ya akhi, dan bakal bakal zaujahnya :)

Aku?

Aku dah tak nak pisang berbuah dua kali (aku still x faham ngan peribahasi ni. kan bagus kalu berbuah 2 3 kali? kan?). Aku tak mahu ulang kesilapan yang sama kat orang lain.

Sekarang ni aku dah final sem. Sebulan dua aje lagi untuk habis, insyaAllah. Jadi elok la aku fikir tentang kerja dan family, abah, ma dan lain-lain. Nanti bila sesuai masanya, dan kalau ada rezeki baru aku risik dan mulakan urusan Baitul Muslim balik.. InsyaAllah. (ayat frust)


"Kita mengimpikan apa yg terbaik untuk kita, 
tapi Allah memberikan apa yg memang terbaik untuk kita"
-copy deh :)-

......................................................................................................................................................
(sekian, terima kasih. | 240840.29.12_t)

24 comments

  1. macam2 perasaan baca ending ni. lawak sedih..
    mmg fisa bukan ditakdirkan utk umar..

    ReplyDelete
  2. ek eleh.iman tu pe ctee

    ReplyDelete
  3. eh xla.. mane ade org nak reveal citer peribadi dia.

    mgkin ada bbrp watak dan part yg cam real, tpi senarnya ni sekadr karangan minda semata-mata.

    ReplyDelete
  4. hahaha~

    siyes macam real...

    Sham = Imrang

    Naqib Umar = Hussaini

    Makcik Naisah = Makcik Anisah

    Nafisah = ??? hmm... ?? o.O Siapa ek?

    ReplyDelete
  5. sedih la cito ni..tp suka baca..mgkin berkaitan ngn usrah tu jadi nk baca..takut pun ada bab baitul muslim ni..alamak..complicated.

    lucu nama shayyidah nafisah tu..my fren kt smip dulu. huu

    kopi la.

    ReplyDelete
  6. to anonymous...

    rilek, baitul muslim ni tak complicated sangat pun...senang je pun...cuma yang jadi susahnya kalau wujud orang2 macam umar nie...kejap nak ni, kejap nak tuh...aish~


    to abe kit...

    eh3? ke pokcik ek? ahaha~ awat macam terasa betul je cite nie? Pastu Sayyidah Nafisah nie sape lak?

    ReplyDelete
  7. Pesan kat umar..tekadkan hati tu..bljar dulu..komited dgn study..bntu family then go ahead to BM..lalalala

    ReplyDelete
  8. to Anonymous;
    timo kasih bui kopi :) emm.. x comlikated pom BM, insyaAllah. Shayyidah nafisah smip? hom kenal2, tapi xdok kaite deh dale cito ni.. haha.

    to Asim;
    Haah, betol2.. appara si umar ni, kasi malu saja.. haha.
    pocik? haha.. x baik kaitakan ngan dia. pastu xyah nak tahu sgt la sape nafisah. imaginary.. haha.

    to Suya;
    mohon jange kaitkan umar nge penulis deh.. xdop kaite pom. haha.

    ReplyDelete
  9. hoho...T_T endingnya boleh disimpulkan..kita akan dapat mana yg kita idam2kan..

    tapi ending nih..jarang jadi real dalam dunia realiti...tak gituh???

    hopes ending ku jadi seindah begituh...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ea bukan2.. haha. xsmestinya kita dpt yg kita idamkan.

      apa yg buleh disimpulkan; what we give, we get back.

      Delete
  10. its really complicated for a fulltime niqabi.. its not as simple as others bila seorg niqabi tu pegang hukum wajib berniqab bg diri dia.. hopefully proses BM hnya utk sekali seumur hidup sbb kena bg gmbar tak berniqab n ia sesuatu yg sukar sgt sbenarnya.. tak semudah itu utk dilihat oleh beberapa ikhwah klu tak jadi yg first sbb akan jumpa lagi tiap kali program..huu nak2 kalau yg mcm kes si fisa ni..ngn kawan ikhwah tu sendiri.. kan malu klu mcm tu...

    lagi satu.. takut sgt murobi citer pnah jadi bberapa kali gak kes putus time taaruf depan2..mesti kena buka niqab kan? n masa tu bukan ikhwah tu saja ada..mesti naqib n murobi dia join skali,.(disini 3org free2 dpt tgk muka kite)..pergh..malu kot..sbb borang BM tu sndiri da tanya soalan2 peribadi byk sgt..siyes nangis n rasa nk pengsan masa mula2 tgk borang Bm..

    apa komen penulis?

    ReplyDelete
  11. sham=hisham,exstudent uia? hee

    ReplyDelete
  12. ye ye pehe wlapun x beso. cuma, itu la salah 1 peringkat yg perlu dilalui - tengok bore. jadi perlu berlaku adil dan memahami keperluan tengok gambar masing2, tapi hok lebih petim adelah maklumat peribadi. sebagaimana kita sndiri nk tengok muka dia, & sebagaimana yang Nabi SAW katakan pada al-Mughirah.

    cuma sy yakin naqibah/makcik BM menyimpan bore kito sebaiknya dan hanya memberi kpd yang diyakini sesuai untuk dipadan dgn kita, walau apa2pun nanti keputusan kedua-dua selepas tu.

    sham=hisham=exuia? oo buke.

    ReplyDelete
  13. isi bore pun kena jugok.. hmm
    btw,tq..cito ni best..ok

    ReplyDelete
  14. ana rasa betul la cerita nie abe kit.
    cuma anta pusing-pusing nama je.
    kan kan kan ?

    ReplyDelete
  15. ahaha.. mana ada anta.
    ini betul-betul cerita la.

    ReplyDelete
  16. 1. tak reti nak bicara ana enta wa enti antum... andai dibahasakan enti sekalipom, selesa lebih saya.

    2. borang bm? oh, susah nak isi, sulit nak tulis deskripsi diri. dan tak reti nak bayang ciri apa yang dimahu. dan... biarlah terhenti di situ.

    3. untung andai mampu jadi naqib/ah yg boleh tarik anak usrah sampai berubah. tak semua reti berhujah. tak semua boleh komited.

    4. realiti au fansati cerita ini. kita serah kat penulis. karna kadang garapan itu dekat dengan kisah diri. =)

    may Allah Ease.

    ReplyDelete
  17. oh mmg tade kaitan ngan penulis.. langsung.

    ReplyDelete
  18. sejak baca cite ni sapa abis, bakpo eh raso ado kaitan ngn penulis..ehehehekk

    ReplyDelete