Bila bizi masa mencemburui
Bila sakit apatah lagi
Bila mati bolehkah patah kembali?
Bila sunyi tanpa bunyi
Bila gelap tiada yang terangi
Bila sempit hanya seorang diri
Bila tersiksa jeritan tak didengari
Kerana lahad hanya untuk orang mati
Sama ada dia untung atau rugi
Hanya dia sendiri yang hadapi
Menikmati atau meratapi
Semua bergantung pada amali
Ketika dia masih di muka bumi
Apa yang dirujuk setiap kali?
Apa yang dibaca setiap hari?
Hati yang dirasakan sepi tiada isi
Kerana yang dicari tak ditemui
Sebenarnya tak pasti apa yang diingini
Rupanya pengisi itu sudah ada disisi
Itulah Al-Quran kalam Ilahi
Itulah pemberi syafaat di akhirat nanti.


0 comments