Ketika ini (semalam) sedang berlangsung satu majlis ilmu di UTM - Konvensyen Fiqh Ummah 2012. Pagi tadi saya terpandang 2 orang kanak-kanak memasuki ruang dewan yang besar itu. Mungkin adik beradik. Hajat hati mahu tunjukkan jalan atau tempat duduk kepada mereka kerana kelihatan tiada orang dewasa bersama-sama mereka.
Tapi hajat saya terhenti kerana melihat betapa yakinnya langkah-langkah kaki mereka. Jadi saya hanya memerhatikan sahaja, dan akhirnya mereka duduk. Peliknya, mereka memilih kerusi yang berjauhan, dan agak hadapan. Mungkin mahu mengelak daripada berbual sesama sendiri. Terus, salah seorang mengeluarkan voice recorder. Bukan satu, tetapi 2. Dan terus merakam sesi syarahan yang sedang berkumandang.
Saya: Salam adik.. Datang ngan ayah ke?
Adik: W'salam.. Tak, ngan adik. Ayah tak dapat datang, ayah hantarkan je tadi.
Saya: Oo.. Da darjah berapa ni? Adik plak darjah berapa?
Adik: Saya darjah 5.. Adik saya darjah 2.
Hmm.. Kagum dalam hati. Hebat ibubapa diorang kerana sudah membiasakan anak-anak kecil mereka dengan majlis-majlis ilmu. Tanpa kelihatan pada wajah mereka, rasa terpaksa ataupun kaget dengan peserta lain yang jauh lebih tua daripada mereka.
Jadi kita yang dah dewasa ni, camne ye? :)
[beberapa update menarik di bawah setelah gambar ini saya turut post kat facebook;]
See? Call sendiri untuk join!
Konvensyen Fiqh Ummah 2012 Erni Riana Alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri K-Fiqh ini dengan Firdaus dan Ikhwan kerana mereka adalah anak kawan saya ( Kak Ina )..dan sungguh…Subhanallah!! Kak Ina ( ibu kepada dua beradik ni ) walaupun suri di rumah..cara didikan Kak Ina kepada 4 orang anak beliau sangat MENAKJUBKAN. .yang pasti wpun Kak Ina dan suaminya adalah pakar di bidang komputer..cara hidup Islam sangat ditekankan dalam kehidupan mereka dari SEGENAP SEGI..dan saya percaya hanya dengan Islam sahaja kita bole capai apa yang kita hajati..InsyaAllah..
Muhammad Aizuddin shared your photo.
Ahmad Ashraf Zafrullah Saya duduk tidak jauh daripada mereka. Mereka duduk di barisan kedua tatkala ramai peserta prefer penuhkan bahagian belakang. Hebat, certain points Asatizah mereka boleh faham. Bahkan faham juga jenaka2 matang Asatizah. Juga sangat memberi fokus semasa penbentangan dijalankan. Hebat tarbiyah yang diberikan ibubapa mereka. Inilah contoh ideal hasil didikan Baitul Muslim.
MHusaini IbrahimKami pihak penganjur mula2 macam tak percaya apabila adik ini menghubungi dan insisted nak datang program. Tapi melihat kesungguhannya terus mendaftar walaupun selepas diberitahu program ilmiah ini pada hanya sesuai untuk orang dewasa, kami menerima pendaftaran beliau dan adiknya. Beliau benar-benar kotakan apa yang beliau nak, memang hebat! Masha Allah!
Zulawal Zynuddin malu kawe boh..




3 comments
kagum! seriously.. even myself kdg2 sejuta alasan datang, untuk berkata tidak..;"(
ReplyDeletehaa.. tu la, bagus adik ni.. bagus parents dia. ce tengok ada komen sikit2 kat fb. soho meta adik ni.
ReplyDeletealhamdulillah.. :')
ReplyDelete