Aku pun tak sebaik abang III

Wawa pelik senarnya, nape Mamat lansung tak tanya lagi pasal proposal abang dia kat Wawa dulu. Ke Mamat ngan abang dia assume yang Wawa pun setuju je untuk tunggu sampai Wawa habis study nanti? 2 tahun lagi tuu. Dalam hati, Wawa bimbang jugak andai abang Mamat sedang menyelam ke lautan yang tiada pun mutiara di dasarnya.

Jadi suatu petang Wawa pegi cari Mamat. Wawa tanyakan hal tu walaupun dia sebenarnya sedikit malu. Tapi dia cuma tak mahu ade salah faham je.

Lalu Mamat mengiakan apa yang disangka oleh Wawa selama ni. Rupanya betul la abang dia nak tunggu sampai Wawa abis study nanti, baru nak masuk risik dan sebagainya. Wawa terkaget. Kenapa abang Mamat tu begitu seyes sekali untuk menyunting Wawa sebagai isteri? Mudahnya dia jatuh hati kat Wawa! Padahal hanya sekali mereka jumpa, itu pun dikategorikan sebagai terserempak.

"Tapi Mat, Wa tak bagi apa-apa jawapan pun aritu.. Kan??", tanya Wawa kecuakkan.

"Eh tak la camtu.. Maksud abang, nanti bila Wawa dah grad baru dia merisik. Jadi tak jadi, terima tak terima tu kiranya bergantung pada masa tu. Wallahu'alam.. Lagipun senarnya abang baru start buat Master sem ni kat UIA. Dia target dalam setahun setengah camtu bleh setel. Jadi kira lebih kurang ngan Wawa abis Degree gak la nanti. Camtu la lebih kurang..", terang Mamat.

Wawa dah speechless, walaupun dia sebenarnya nak minta abang Mamat untuk TAK tunggu dia. Kini Wawa yakin, Mamat sebenarnya yang banyak citer dan rekemen kat abang dia pasal diri Wawa. Sesuke hati je!

Dan setahun setengah kemudian berlalu, abang Mamat dah pun hampir setel Master dia. Tinggal beberapa part writing je. Jadi dia mula masuk kerja tempat lama dia semula. Bermakna jugak, Wawa masih berbaki satu semester.  Mamat pun dah grad, dah keje, tapi kat area JB jugak. Dekat je.

Sebenarnya, Wawa ada masalah sikit ngan thesis dia. Final semester ni, dia macam tak dapat fokus dan manage masa ngan baik. Akhirnya, dia tak lepas thesis stage tu dan terpaksa tambah lagi satu semester. Kemudian, Wawa dapat panggilan dari Mamat, beritahu tentang hasrat abang dia untuk merisik Wawa dalam masa terdekat. Wawa jadi serba salah dan tertekan. Tapi kalu nak reject mentah-mentah macam tu namapak tak manis lak. Jadi dia amik keputusan untuk berjumpa sendiri ngan abang Mamat. Mamat pun kena paksa datang. 

Pada hari yang dijanjikan, mereka bertemu kat restoran Snogurt Taman U. Tapi sorang pun tarak order.. Mamat datang ngan abang dia, Wawa datang ngan sorang member dia. Sebenarnya, yang dia bawa tu adalah naqibah dia sendiri. Saja teman.

Jadi ini kali kedua Wawa berhadapan ngan abang Mamat. Nama dia Yusri (peh.. nama nak hensem je).

Dan untuk kesekian kali jugak, Wawa dapat berhadapan ngan Mamat setelah agaka lama tak jumpa. Dan dalam hati, Wawa lebih berdebar untuk bertemu Mamat berbanding abang dia, Yusri.

Tak dinafikan, memang Yusri lebih hensem dari Mamat yang kurus kering aje tu. Tapi Wawa sikit pun tak tergugat. Jadi dia terus straight to the point;

"Saya nak tahu kenapa awak suka saya!", tanya Wawa agak tegas.

"Saya tertarik pada kamu. Lagipun kamu dah ikut usrah..", jawab Yusri tenang.

Wawa terkejut mendengar jawapan itu. Naqibah dia juga terkejut sama. Dia tak sangka perkataan 'usrah' akan terbit daripada perbualan mereka, apatah lagi dari mulut Yusri.

"Awak pun ikut usrah?", tanya Wawa kembali.

"Yup, tapi baru-baru je..", jawab Yusri.

Rupanya Yusri mengikuti semua perkembangan Wawa di universiti - melalui Mamat. Apa yang selama ini Mamat nampak dan sedar pada Wawa, dia 'report' kat abang dia. Dari apa yang diceritakan oleh Mamat itu la, Yusri yakin Wawa pun join usrah di universiti tu.

Setelah mendengar penjelasan Yusri sendiri, perasaan Wawa bercampur-baur. Marah, terharu, blur.. Semua ada. Rupanya selama ini Mamat memang perhatikan dia. Cuma sekarang Wawa blur untuk teruskan perbualan. Sebenarnya dia bercadang untuk menyatakan bahawa dia ingin menolak proposal Yusri tu - dengan nada baik. Tapi...

"Saya minta maaf, tapi beri saya masa beberapa hari.. Apapun keputusan saya, saya harap ia takkan kecewakan sesiapa", kata Wawa.

Yusri memahami, dan mereka berpisah di situ. Dari awal pertemuan, Mamat memang tak membuaka mulut. Sekali-sekala, Wawa cuma memandangnya dengan pandangan yang tajam.

[bersambung]

2 comments