Saya teringin.. Tetapi tidak tahu bagaimana untuk memberitahu ‘adik-adik’ saya semua, supaya menjaga diri dan mengelakkan diri masing-masing daripada bercinta. Abang mane yang tak bimbangkan adik.. Sekali lagi diulangi; ‘daripada bercinta’, bukan ‘daripada terjatuh cinta’. Ada bezanya, kan?
Ya, kerana kadang-kadang kita mungkin akan terjatuh cinta – sesuatu yang kita sendiri tidak dapat jangka dan tidak mampu kawal. Abang pun faham sangat dik.. Kerana usia abang pun tidak jauh berbeza daripada adik.
Abang sendiri tidak nafikan, bahawa abang pun pernah ‘terjatuh cinta’ juga. Ada ketika, kita memang tiada pilihan selain daripada jatuh cinta!
Nak buat macamana – wanita atau lelaki itu memang sangat menarik perhatian kita, sangat cantik atau tampan pada mata kita, sangat indah penampilannya, sangat sopan tutur katanya, sangat memahami hatinya, sangat penyabar orangnya, dan pelbagai lagi perkara yang buat kita tertarik padanya. Malah kalau hanya ada padanya salah satu perkara di atas sahaja pun, sudah cukup untuk kita jatuh cinta padanya.
Jadi benar, kita memang tidak mampu mengelak daripada terjatuh cinta (dalam keadaan tertentu – melainkan awal-awal lagi kita menjaga mata dan hati, serta tidak ambil pusing akan perasaan yang mahu berputik itu). Tetapi, kita tetap boleh mengelak daripada bercinta! 
Kenapa abang kata tidak boleh bercinta? Bukan abang yang kata dik, tetapi agama kita yang menyatakannya. Abang cuma menyampaikannya semula kepadamu. Cuma berkeras dan bertegas mungkin bukan caranya. Adik pasti tidak suka. Maklumlah bercinta itu memang manis dan membahagiakan, kenapa mahu halang?
Jadi mungkin elok biarkan sahaja adik melalui sendiri pengalaman bercinta sekali dan akhirnya serik? Banyak jugak kes seperti itu. Ada yang sangat serik sehingga fobia untuk bercinta lagi. Namun kebiasaanya, mereka yang pernah bercinta dan kemudian ‘clash’, cepat-cepat mahu cari pengganti. Tetapi tidak kurang juga kes cinta sampai sepenuh hati tidak mahu berpisah, walaupun dia sebenarnya disakiti hingga merana badan.. Hmm.
Ramai orang mahu bercinta sebab mahu rasa bahagia – ada orang ambil berat, selalu tanya khabar, sakit demam ada orang ‘concern’, dan sebagainya. Dan kalau ditanyakan sesiapa sahaja yang pernah bercinta, pasti diakuinya bahawa dalam bercinta tetap ada pasang surutnya, ada masam-masinnya – gaduh sikit-sikit, salah faham dan sebagainya. Kalau lebih parah, sampai la ke peringkat akhir iaitu berpisah.
Namun, bukanlah bahagianya atau deritanya bercinta yang menjadi kayu ukur.
Kayu ukurnya adalah, bercinta itu mendekati zina. Adik pun tidak mampu nafikannya, kan? Lihat sahajalah apakah rutin yang biasa dilakukan oleh pasangan bercinta. Sekalipun pasangan ‘cinta islamik’, sama sahaja dik.. Adik akan bermesej, mungkin berhubung, mungkin berjumpa, mungkin bergurau, mungkin menguji kesetiaan, dan sebagainya yang akan menimbulkan perasaan seronok dan bahagia.
Berhubung dan berbicara itu boleh sahaja sebenarnya.. Apatah lagi menghantar SMS. Asalkan sekadar sebagai teman biasa sahaja dan jika ada urusan. Kerana untuk mengelak dari tersentuh dan berbicara soal hati. Nanti entah kemana perginya, dibawa hanyut oleh perasaan seronok dan bahagia.
Seperkara lagi, adik pasti tidak akan berlaku tegas dan garang di hadapan pasangan masing-masing, kan? Sebaliknya sangat penyanyang, baik, sopan dan manja sekali bila dapat berhubung dengan pasangan masing-masing. Malah ada yang menyentuh, bersalaman atau mencium tangan pasangannya. Wah, mithalinya.. Kadang-kadang mahu keluar makan pun mesej teman lelaki untuk minta izin.
Nah, semua keistimewaan dan ‘ke-ekslusif-an’ adik, telah pun dipersembahkan kepada kekasih adik itu. Mungkin seorang, mungkin juga lebih sebelum berkahwin. Jadi, apakah lagi tinggalan dan sisa yang ada untuk disimpan buat bakal suami adik nanti? Adik sendiri pun tidak mahu bakal suami adik nanti mengaku pernah bercinta berkali-kali, kan? Jika bakal suami adik seperti itu orangnya, pasti adik akan merasa kurang istimewa. Seolah-olah, “Ah! Aku dapat ‘sisa’ perempuan lain rupanya..”
Tidak setuju? Yakin kekasih adik sekaranglah yang bakal menjadi suami adik? Sudah berjanji setia?
Oh, bukan itu cagarannya dik. Sudah bertunang sekalipun, belum tentu bakal berkahwin. Apatah lagi adik yang belum berbincang dengan ibubapa masing-masing. Bukan abang tidak mahu mendoakanmu, tetapi abang tahu bukan itu jalan yang terbaik buatmu.
Wahai adik-adik kesayanganku
Biarlah kalian sebagai teman biasa dahulu
Biarkan dia dengan kehidupannya
Dan kamu dengan kehidupanmu.Bukan abang tidak mahu kamu bahagia dahulu
Tetapi sedarlah ia hanya perasaan yang menipu
Kerana ia hanya sementara buatmu
Dan ia mungkin akan menyakitimu.Kerana dirimu jua, abang sendiri cuba jauhi
Untuk bercinta walaupun meronta-ronta dalam hati
Kerana abang mahu menjadi contoh buatmu
Kerana abang tersangat sayangkan kamu..Perasaan cinta dan sayang itu simpanlah dahulu
Jika akhirnya nanti dialah jodohmu, akan bertemu jua
Dan setelah itu, luahkanlah rasa cintamu
Saat itu kamu pasti merasa lebih istimewa.Abang menegur kerana kasihkan kamu
Kerana abang mahukan yang terbaik untukmu
Juga buat siapa pun yang bakal menjadi suamimu
Sungguh bercinta selepas berkahwin itu lebih membahagiakanmu.240144.29.7_m



7 comments
hmm...
ReplyDeletetp post ni melemahkan jiwa org yg pernah kapel dulu. tp skrg tgh usaha nak jadi yg lebih baik. hu3. mcm aku.
ReplyDeleteerm.. post ni ditujukan kpd org yang belum penah kapel agar x cuba berkapel, pastu org yg penah kapel agar xnak kapel lg, dan utk org yg sedang berkapel agar cuba jauhi kapel.. itu yg paling susah.
ReplyDeletejadi kalu diri kita termasuk golongan yg penah kapel dan mahu jadi lebih baik, itulah sebaiknya kita bleh buat. nobody's perfect.
ketidaksempurnaan dan kesilapan adelah part of life. bila kita dh belajar dari ketidaksempurnaan dan kesilapan yg penah kita buat, then we're taking the right path. heee.
sedih jugak baca post ni sbb da byk kali sgt kapel dulu, bila dah brenti dari dunia kapel ni rasa tak layak pula untuk org yg xpernah kapel walaupun tu yg sebaiknya...entahla
ReplyDeletebertuahla sapa yg ada abang macam awk..kalau saya baca post ni sepuluh tahun dulu mungkin saya takkan cuba utk kapel kot..huhuu
tak sempat nak sediakan payung sebelum hujan..zzz
Kdg2 kite post utk nasihat org...tp dlm rumah sendiri kite x perasan:)
ReplyDeleteayat first2 lagi pun da state tuk adik2 dia kan..bersangka baik itu sgt perlu.. peace ;)
Deleteterima kasih atas perkongsian..:)
ReplyDelete