Saya bercadang untuk berpindah. Saya fikir ada tempat lain yang lebih sesuai untuk saya. Ya, saya sudah mengenalpasti tempat-tempat tersebut. Cuma masih perlu kemaskannya. Tetapi saya belum pasti sama ada ingin beritahu pada jiran lama saya tentang hal ini. Mungkin mereka perlu tahu, mungkin juga tidak. Yang pasti saya tidak berhasrat tinggalkan tempat ini begitu sahaja. Cuma mungkin tidak lagi sekerap mana untuk saya singgah. Jika jiran lama seorang yang mengambil berat tentang saya, beliau mungkin perasan.
Walau apapun, saya tetap sukakan suasana kejiranan di sini. Yang pasti, saya berhasrat untuk tidak menonjolkan diri saya yang sebenar di tempat baru. Kerana saya kurang selesa untuk dikenali, kerana saya bukan siapa-siapa pun.
Kepada jiran lama sekiranya terkunjung ke tempat baru saya, mungkin lambat laun akan perasan juga. Kepada jiran baru yang tidak pernah berkunjung ke tempat lama saya, mudah-mudahan tidak akan tahu siapa sebenarnya saya. Saya harap begitu.

0 comments