Dalam kos kami, Senibina, perbezaan batch tak ketara sangat. Tanpa mengira batch atau tahun berapa, kami semua sangat kamceng. Sama ada keluar makan, main Counter Strike, main FIFA, main futsal, main bola atau apa-apa pun, kadang-kadang semua wakil ada.. Dari tahun satu hingga tahun 5. Alhamdulillah culture kami macam tu.
Jadi bila dapat berita salah seorang tak sihat atau terlibat kemalangan, semua cepat-cepat dapat tahu. Awal semester ni, kami dikejutkan dengan berita kemalangan seorang junior tahun 3.
Rupanya beberapa menjak sebelum kemalangan itu lagi, dia memang kurang sihat. Masa kemalangan itu pun dia on da way balik dari hospital kat JB sebab buat check doktor. Pastu tiba-tiba dia tak sedarkan diri masa riding, dah terjatuh sorang-sorang kat tengah jalan besar yang 3 link. Alhamdulillah tiada kenderaan lain di belakangnya. Cuma dia patah kaki akibat terjatuh.
Lebih menyedihkan, ibu dia hanya dapat datang pada hari ke 3 dia masuk hospital. Ibunya dari Besut, susah nak datang Johor walaupun urgent. Memang sangat jauh dan sebenarnya mereka pun bukan orang senang. Bayangnya, kerana dia nak masuk UTM dulu, adik perempuannya terpaksa tangguh hasrat untuk masuk universiti pada waktu yang sama, sebab tak mmpu. Waaa, nak nangis je aku rasa bila dia cerita. Tapi sempat kontrol! Sekarang adik dia kerja sebagai tukang jahit sementara ada rezeki untuk sambung pengajian nanti.. Huhu.
Sekarang dah lebih 2 bulan kemalangan tu berlaku. Sepanjang tempoh tu dia berehat kat kampung. alhamdulillah kaki pun dah sembuh walau belum sepenuhnya. Tapi sudah boleh berjalan. Kebetulan, dia datang UTM tadi untuk selesaikan beberapa perkara dengan fakulti dan kolej.
Sebenarnya dia suspek mengidap salah satu jenis penyakit sawan. Iaitu boleh hilang kawalan badan dengan tiba-tiba, atau 'sudden shut down'. Malah tadi di hadapan aku, sedang elok dia bercerita tiba-tiba saja dia 'hilang'. Huhu. Otaknya seperti berhenti berfungsi secara tiba-tiba. Bila jadi camtu, dia seolah-olah kaku. Kalau terjatuh dalam bilik air, memang agak kebiasaan katanya. Sebab itu doktor dah tak bagi dia bawa motor, ataupun berjalan sorang-sorang.
Ya allah sedih sangat tengok keadaan dia tadi. Badan pun dah susut sangat. Tambahan pula dia anak sulung dan adik-adik pun perempuan. Jadi kita boleh bayang bagaimana sangat bergantungnya dan tinggi harapan famili pada dia. Tapi sekarang, hendak ke mana-mana pun, mesti ada orang temankan, bimbang kalau ada apa-apa berlaku. Katanya ibunya dah puas menitiskan air mata. Tapi alhamdulillah mereka sekeluarga tetap kuat dan tabah hadapi semua ujian ini.
Aku terharu bila dia sempat kata, "apa yang Allah uji kita ini sebab kita mampu hadapinya. Kalau bukan waktu muda ini, mungkin waktu kita tua.. Sama sahaja, cuma lambat atau cepat".
Buat sahabat-sahabat yang lain, mohon kita sama-sama doakan beliau agar diberi kekuatan dan kesembuhan..
p/s; teringat pula kisah dari sahabat baik (Suya) tentang sahabatnya yang terlibat dengan kemalangan beberapa tahun lepas dan alami ujian yang hampir sama seperti di atas. Iaitu 'slow responding/reflect'.. Huhu.
Suya, gano saim tu loni, acu cerita..

Ya Allah, ku mohon padaMu agar diberikan kekuatan dan ketabahan buat dia sekeluarga, terutama ibunya. Makin dekatkanlah mereka padaMu kerana ujian ini. Ya Allah berilah kesembuhan pada dia secepatnya, yang tiada lagi sakit selepasnya agar dia dapat menjalani kehidupannya dan meneruskan pengajiannya seperti sedia kala. Kerana sungguh dialah harapan keluarganya.. Amiin ya Rabb..
p/s; teringat pula kisah dari sahabat baik (Suya) tentang sahabatnya yang terlibat dengan kemalangan beberapa tahun lepas dan alami ujian yang hampir sama seperti di atas. Iaitu 'slow responding/reflect'.. Huhu.
Suya, gano saim tu loni, acu cerita..

2 comments
kheet, saing oghe tu still lagi berkeadaan sama.. cuma, semangat dia kuat.. still mcm dulu, berjalan ke masjid dan most of the time kat masjid.. even exam pun, pensyarah asingkan die kat masjid, so dia boleh amik masa utk jawab exam.. so far, alhamdulillah.. doing good, even slower than others.
ReplyDeletealhamdulillah.. teringin nak tahu lebih lanjut pasal dia.. huhu.
ReplyDelete