Dulu masa keje setahun lepas diploma, Wawa sempat kenal ngan sorang mamat yang kebetulan buat praktikel kat ofis dia keje. Ada la dalam 2 bulan lebih mamat tu praktikel.
Pastu ditakdirkan Wawa dapat sambung degree kat UTM, tempat yang sama mamat tadi sedang belajar. Ohya, nama beliau memang Mamat. Jadi, kalu kat ofis dulu Wawa banyak bantu Mamat. Dan bila Wawa mula sambung belajar, Mamat pulak yang banyak bantu dia. Termasuk la tolong hantar Wawa sewaktu hari pendaftaran pelajar baru.
Wawa masuk sebagai pelajar tahun 2. Mamat pulak dah tahun 4 masa tu. Kira senior jugak la. Tapi beza umur Mamat tua setahun je dari Wawa.
Ohya, kalau Mamat dulu wat praktikel kat ofis Wawa keje, maksudnya diorang sama kos la, kan? Pastu semasa sama-sama hantar Wawa (tunjuk jalan la kiranya) masa hari pendaftaran, secara tak langsung Mamat kenal la ngan family Wawa. Diorang pun sama-sama hantarkan Wawa.
Dah masuk sem 2 bagi Wawa, banyak yang dia baru belajar. Banyak jugak yang Mamat tolong dia sepanjang tempoh tu terutamanya dalam bab study. Tapi diorang tak la rapat sangat sebab Mamat ni jenis dingin sikit. Kalau ade hal je baru diorang jumpa. Kalau tade pape, diorang pun tak berhubung.. Apatah lagi keluar makan, atau ke Jusco Taman U sama-sama.
Wawa pun pelik, kenapa Mamat cam biasa-biasa je ngan dia. Senarnya Wawa segan bila nak minta tolong apa-apa kat Mamat. Tapi sebab Mamat la orang yang dia paling kenal kat sana, dan percaya, kadang-kadang dia memberanikan diri jugak kalau memang perlukan pertolongan seorang lelaki.
Wawa comel ke? Comel kot.
Suatu hari yang dingin dan mendung, abang kepada Mamat datang UTM, dari Kolumpo nak lawat adik dia. Padehal dia ada meeting kat JB. Pastu sebab tak dapat singgah lama, diorang pun lunch la kat arked dalam U tu je.
Tetiba Wawa datang menegur Mamat. Kebetulan lak dia lalu situ, datang dari mana ntah.. So takkan nak wat donno je kan? Lalu abang Mamat pun tanpa semena-mena terpegun tengok Wawa. Tapi dia cover-cover jugak la.. Control untuk tetap kelihatan cool. Tapi lepas je Wawa blah, terus abang Mamat soal-siasat dia pasal Wawa. Satu-satu dia tanya.
"Cam comel je budak tu..", kata abang Mamat.
"Weh, ko berkenan ke?", tanya Mamat.
"Aku solo lagi kot..", jawab abang dia.
"Kalu nak aku bleh rekemen..", balas Mamat.
"Seyesly? Bleh gak.. Try la tanya lu", minta abang dia.
"Ok bos", kata Mamat.
Sebenarnya dalam hati Mamat dok kata, "Apehal time ni la si Wawa tu nak tunjuk muka?". Tapi dalam masa yang sama, dia kenal sangat abang dia tu camne orangnya. Memang dia seorang yang baik, alim,, banyak ajarkan Mamat pasal agama sejak sekolah lagi. Paling penting, abang dia banyak sangat tolong Mamat terutamanya semasa dia sedang belajar universiti ni. Pastu abang dia senarnya jenis yang agak memilih orang pompuan untuk buat calon isteri, walaupun dia dah lama bekerja. Sebelum ni pun ada je beberapa calon, tapi mak pulak yang tak berkenan.
Jadi Mamat hairan jugak cane ntah abang dia bleh berkenan kat Wawa ngan sekali pandang camtu je.. Jauh dia hati Mamat, baginya untung sangat-sangat sape yang dapat abang dia tu. Dia pun tak sebaik abang dia.. Huhu.
Beberapa jam lepas abang dia balik KL, baru Mamat teringat tentang pasal sesuatu..
"Salam bang.. Aku lupa la nak cakap tadi, si budak Wawa tu baru tahun 2. Dia ada lagi 3 tahun kot. Kau nak tunggu ke?", bagitahu Mamat menerusi call pada abang dia.
"Owh yeke? Em, insyaAllah aku bleh tunggu", jawab abang dia ngan selamba.
"Weh, kau biar betul ni?", tanya Mamat balik. Dia agak terkejut ngan jawapan abang dia. Bunyinya cam betul2 suka ni.
"InsyaAllah aku usaha. Kalu ade jodoh ngan dia, tak kisah la 3 4 tahun lagi ke..", terang abang dia.
"Pergh!! Seyes aku kagum ngan kau. Haha", balas Mamat.
Malam tu, Mamat memberanikan diri untuk hantar SMS kat Wawa pulak.
"Salam. Wa wtpe tu?"
"Wslm.xde ppe..nape?"
"Nk tny sket bleh?"
"Haa.."
"Wa dh ade tmn llaki?"
Dup dap dup dap.... Wawa terkejut ngan soalan Mamat. Apehal pulak tetiba dia tanya cani. Lama gak baru Wawa reply balik.
"Npe?"
"Senarnya ad org suka kt Wa. Dia baik sgt orgnya. Klu Wa sudi, dia nk tunggu smpai Wawa abs stdy"
Perghh.. Yang ni lagi Wawa terkejut. Kali ni lagi lambat dia reply. Macam-macam yang terlintas kat fikiran dia. Satu kemungkinan yang sangat berkemungkinan, orang tu adalah Mamat sendiri, cuma mungkin dia segan nak ngaku. Tapi nape Mamat straight to de point sangat? Apapun Wawa rasa kagum gak, rupanya Mamat ni jenis berani walaupun selama ni cam dingin je. Haa.. Macam-macam andaian dalam kepala Wawa sekarang.
Senarnya jauh dalam hati, Wawa memang ada perasaan kat Mamat. Sebab dia tengok cara Mamat, gaya dia, cara dia cakap ngan orang tua, cara dia bergaul ngan budak pompuan dan sebagainya, lain dari lelaki lain. Tapi Wawa cuma simpan senyap-senyap perasaan tu. Lagipun dia cuma perempuan.
Sedang asyik dia dok fikir itu dan ini, tetiba datang lagi SMS dari Mamat;
"Senarnya laki tu abg Mat. Ingt x td tghr Wa jump ktorg? Dia abg Mat, dia baik sgt orgnya".
"Eh,wa x sgka pun.td cma nk tgur mat je...huhu".
"Xpe la Wa fikir la dlu. Apa yg Mat bleh ckp, untung sgt2 spe yg dpat abg Mat tu. Seyes. Huhu'.
SMS diorang stop kat situ. Wawa dah tak tahu nak jawab apa. Rupanya yang suka pada dia adalah abang Mamat, bukan Mamat sendiri. Wawa pun tak perasan sangat abang Mamat tadi. Tapi nampak hensem cam Mamat gak. Cuma kemas sket, mungkin sebab dah keje. Tapi, Mamat tetap lagi hensem!
Malam tu Wawa tido lambat. Macam-macam dia fikir. Pastu lewat jam 12 lebih, Wawa dapat SMS lagi dari Mamat,
"Mgkin elok wt solat istikharah..."
Alhamdulillah lepas solat, fikiran Wawa rasa kosong dan akhirnya dia terlelap. Keesokannya, Wawa rasa dia dah ada keputusan.. Tapi dia nak tunggu Mamat yang tanya dulu. Kalu tak dia tanak bagitahu apa-apa lagi. Peliknya, Mamat tade tanya pun dalam beberapa hari lepas tu.
[nanti penulis sambung ye]


2 comments
sedang sabar tunggu sambungan!
ReplyDeleteok, dah ada!
ReplyDelete