Ke syurga ibarat berenang seribu batu



Masa terus berlalu, usia pun ikut begitu
Tapi amal masih seperti dulu, pun tiada rasa malu
Malu kepada Tuhan yang menciptakan mu
Malu kepada ibubapa yang mendewasakan mu 

Untuk beramal pastinya perlu menuntut ilmu
Menuntut ilmu pastinya pula mudah terbit rasa jemu
Apatah lagi beramal pastinya banyak liku-liku
Kerana itulah lumrahnya kerana syurga yang dituju

Baki usia sampai bila kita sendiri tak tahu
Mungkin ketika muda, mungkin juga ketika sudah bercucu
Jika muda, biar sebagai pemuda pendamping masjid dan ke majlis ilmu
Jika tua, semoga telah persiapkan waris-waris untuk mendoakanmu selalu

Ya, berkata-kata dan menulis memang senang, semua orang mampu
Namun untuk melakukannya sangat sukar ibarat berenang seribu batu
Cuma buatlah yang termampu walau pastinya banyak liku-liku
Kerana itulah lumrahnya kerana syurga yang dituju. ^.^

3 comments

  1. :) betul sangat, kadang2 malu dengan diri sendiri

    ReplyDelete
  2. walau kita cuma seorang 'penyapu', orang lain dah pandai guna 'vacuum', kerja2 'pembersihan' tetap kena jalan.

    dua2 tak pakai2? kotor
    dua2 pakai? baguih, ikut selera n tempo masing2.
    salah satu je pakai? kurang skek effective nnt. :)

    ReplyDelete
  3. yup betul2.. bak kata Azzam Al-kankari;

    ada orang naik kete, ada juga yang naik motor. masing2 nak pegi ke tempat sama. so yang bawa kete jangan kata bawa motor salah, dan sebaliknya.

    jadi kalau hujan, yang naik motor bleh tumpang naik keta. dan kalau jalan jem, yang naik kete bole tumpang naik motor. gitu la, ada lebih ada kurang masing2.

    ReplyDelete