Alahai Umar...

Darah?? Huarghhh!!! Pastu lemah longlai... Pastu jatuh pensan.

Itu la karekter Umar. Dia memang jenis fobia ngan darah, luka, jarum injection dan yang sealiran dengannya. Bau ubat pun dia kurang senang. Even zaman sekolah dan matrikulasi dulu, kalu ade je orang datang nak bagi injection kat student, Umar la antara orang yang paling last akan hadir. Nak lari atau tanak datang langsung kang takleh lak.

Jadi bila dah last2 tu, orang pun tak ramai dah. Sebab bila dah kena inject, memang kompem la Umar tetiba jadi lemah longlai la, nak muntah-muntah la. Macam-macam simptom lagi laa.. Macam orang pregnant.

Bila jadi camtu Umar akan cepat-cepat bergegas ke surau atau mana-mana tempat yang dia boleh baring, berbekalkan tenaga yang masih ada.. Hoho, suspen giler. Bila dah dapat baring tu rasa lega sikit, menurut beliau. Kalu bab darah plak, hmm.. Filem-filem yang ade adegan berdarah, sori la Umar nak nengok. Ada sekali tu Umar ngan ayah dia on the way nak balik dari sekolah. Tetiba nampak sorang pakcik penarik beca sedang terlentang atas jalan. Excident ngan kete kot. Jadi Umar ngan ayah dia pun stop kete dan turun la nak tengok. Arakian, bila tengok darah yang bergelimpangan kat atas jalan tu tetiba je dunia Umar jadi samar-samar. Umar dah jadi pening-pening dan rasa mual nak muntah. Alahai Umar.. Lemahnya semangat kau!

Ermm.. Sampai la da masuk universiti, Umar masih camtu gak. Fobia darah atau bahasa saintifiknya, Haemophobia. Sebab tu la sampai skarang Umar tak tahu ape jenis darah dia.. Wakaka.

Tapi suatu hari, member baik dia kemalangan.. Luka kat kaki, nampak teruk jugak. Frankly speaking, Umar memang awal-awal lagi tanak tengok cane keadaan luka member dia tu. Walaupun dia ikut sama pegi klinik, pastu tolong bawak member dia balik bilik. Dan akhirnya, tinggallah Umar ngan member dia je kat bilik tu, setelah member-member yang lain sume balik.

"Ah sudah..", dalam hati Umar mula cuak.

Yela, kain balut kaki tu nanti nak kena tukar sebab air nanah dia asyik keluar. Pastu takkan member dia nak buat sendiri? Susah kot. Tapi member dia pun berat mulut gak senarnya untuk minta tolong Umar. Takut menyusahkan je. Umar pulak yang rasa serba salah. Dia cuma bimbang nanti tetiba rasa mual dan nak muntah je. Nanti kang kecik tai member dia. Bukan la sebab rasa jijik atau geli, tapi sebab dia fobia! Kalu ade Big Mac (uit, boikot kot) kat depan dia skarang pun, kompem Umar tak lalu makan!

"Meh aku tolong ganti kain pembalut tu..", akhirnya Umar bersuara jugak. Dia cuba kuatkan semangat, buka balutan pelan-pelan. Bau ubat dah mula menguasai bilik. Dan dia cuba kuatkan lagi semangat untuk tengok kesan luka kat kaki tu. Giler ape nak tukar balutan tapi tanak tengok kat luka? Kang kecik hati lak member dia tu.. Fuhh!

Alhamdulillah, Umar tengok pelan-pelan.. Dia rasa OK. Lalu diambilnya kapas basah dan dia bersihkan luka tu sebelum kembali balut ngan kain yang baru. Wah, Umar sendiri cam tak percaya!

"Tima kasih Mar.. :)", member dia kata. Lega Umar dalam hatinya. Alhamdulillah!


p/s: Sori la kalu nak penulis post ape2 gambo berkaitan fobis darah.. Wkeke.

0 comments