Segalanya berkemungkinan

Aku di sini masih menunggu-nunggu
Yang kutemui sudah beratus beribu
Sebilangannya menarik perhatianku
Segelintirnya pula tertarik padaku


Ibuku pernah berbicara tentang apa yang dia mahu
Dan kukatakan itu tiada masalah bagiku
Kerana asalnya aku juga mahu yang sebegitu
Tapi makin lama, makin goyah pendirian itu


Segalanya berkemungkinan untuk berlaku
Aku sendiri pun langsung tak tahu
Mungkin salah seorang akan menjadi milikku
Atau mungkinkah kematian dulu yang kutemu?

0 comments