![]() |
| padehal ni topi kontraktur. |
Em, senang citer - pengaruh rakan sebaya la. Kalu ikutkan cita-cita zaman skolah dulu, aku nak jadi jadi driver bas je. Haha. Sebab keje dalam aircond, tempat tido pun ade aircond. Yela, dah keje shift malam. Kekeke. Punya la takde vision aku ni.
Berbalik kepada rakan sebaya aku tu, masa sekolah dulu dia cakap nanti masuk universiti nak amik Architecture. So alhamdulillah dia memang dapat amik lepas tu, kat UiTM - 4 tahun. Aku pun follow la, tapi lewat setahun dan dapat universiti berbeza, iaitu UTM - 5 tahun. Ok la tu, alhamdulillah.
Pastu dalam masa yang sama, aku dapat tahu jugak yang sorang lagi schoolmate aku, juga merangkap mak saudara kepada anak-anak saudara aku (mungkinkah beliau akan baca post ini? hehe. jadi mungkin beliau saje yang faham) pun sedang study Architecture kat UIA. Woah!! Tapi memang beliau satu family sangat power bab-bab melukis. Ayah dia pun adelah cikgu Pendidikan Seni kat sekolah. Abang-abang dia pun sangat osem dalam melukis. Senang citer, keluarga berdarah senilah!
Bestnya, secara tak langsung menjadi inspirasi dan memberi semangat pada diri ini.
Selang beberapa tahun, aku dapat tahu rakan sebaya yang sedang belajar kat UiTM tu selalu jatuh sakit. Asthma katanye. Jadi selalu tak dapat submission on time. Tak dinafikan, workload kos ni memang banyak gilll(er). Akhirnya beliau terpaksa drop pengajian, dan sambung study kat swasta, amik kos graphic. Huhu. Sedih sebab beliaulah aku amik kos ni. Tapi akhirnya terputus di tengah-tengah jambatan. Wuuu.
Lalu aku katakan pada diri aku, "xpe, biar aku habiskan pengajian aku sebagai tanda sokongan dan menyambung cita-cita beliau!" Huhu.
Lewat tak lama selepas itu, mak saudara kepada anak-anak saudara aku ni pula yang habis Degree in Architecture, UIA. 3 tahun je rasanya. Dan beliau ingin menyambung pengajian seterusnya, iaitu Master. Namun begitu, tidak pula dalam bidang yang sama. Wawawa. (jika salah sila betulkan. hehe). Sedih lagi. Xpa, akan kuteruskan cita-citamu. Huhuhu.
Kemudian, masa aku praktikel setahun yang lalu, aku kenal ngan sorang ni yang praktikel sekali satu firm. Opcos la student Architecture jugak, tapi dari USM. Tapi beberapa minggu lepas, baru dapat tahu beliau dah abis Degree (3 tahun jugak) tapi kemudiannya sambung master dalam bidang pendidikan.
Wawawa. Kenapa suma orang berubah aliran ni? Huhu. Tinggallah aku keseorang menuju ke garisan penamat. Itu pun aku sendiri belum tentu, nanti nak keje dalam bidang ni, atau tak. Sebab ade jugak kecenderungan untuk ke bidang lain. huhu.



5 comments
insyaALLAh, i trust u bakheet..
ReplyDeletemake it to final.. Ehem2,i know who is she.. :)
wah...
ReplyDeletepernah arkitek menjadi satu cita-cita suatu masa dahulu,
kerana bunyi architecture adalah ohsem!, walaupom tak tahu apa itu arkited..
kahkah...
akhirnya, 3 sem to go for pharmacist to be.. :)
keep fighting..
insyaAllah..
ReplyDeletesuya, jange royak kokre.. haha.
yaaaa.. i'm one of the person u mentioned here!! =) truskan usaha ye kit. qis dh duk aliran lain. Sangat best kluar dr architecture=) hahaha..
ReplyDeleteOMG OMG! how'd you find this? haha..
ReplyDelete