Alahai, suweetnyeww..


Hebatnya diorang! Untung la sape yang dapat.

Hmm.. Yup, sekitar aku dikelilingi ikhwah-ikhwah. Hebat-hebat belaka. Ada sebilangannya yang aku anggap sangat mengkagumkan. Mereka bukanlah ustaz, mufti, ulamak, kiai ke (insyaAllah suatu hari nanti), cuma student-student seangkatan aku jugak. Mereka pun bukanlah sepanjang masa beribadah, bukanlah sepanjang masa menghadap buku-buku ilmiah, bukan pula sepanjang masa bersama 'orang-orang baik' saja.

Mereka pun bermain futsal petang-petang. Waktu solat, mereka ade je kat surau-surau dan masjid. Kat foodcourt, pun muka diorang gak.. Hoho. Bab facebook, pun boleh tahan jugak.. Haha. Kenalan diorang pun dari pelbagai latar belakang. Kalu berborak-borak, takde la kuar ayat-ayat skema je. Selalu dok 'ana-anta', kadang-kadang kuar jugak 'aku-kau'. Gurau-gurau, manja-manja.. Alahai, suweetnyeww.. Huhu. Hubungan yang sangat rapat, dekat. Tak dapat dibanding walaupun dengan hubungan adik-beradik. Sebab benda suka-duka suma aku bleh citer kat diorang.

Untung sangat sape yang dapat kawin ngan diorang. SEYES! Pakej yang sangat lengkap - penyayang, bertanggungjawab, alert, sacrifice, macam2. Kalu ade pertanyaan, "ade ke laki yang macam ni zaman skarang?".  Jawapan aku, yes!

Aku menulis dari perasaan yang penuh kagum dan merendah diri. Kami makan, keluar, tido bersama. Bukan sehari dua, tapi bertahun. Aku amat mengenali diorang.

Aku? SEYES X SEBANDING DIORANG! Huhu.. Ni ikhlas aku tulis. Kalu tak caye tanye la diorang. Sebab diorang pun sangat mengenali aku.. Wuwuwu~ (tapi mesti diorang bagitau yang baik-baik je haha)

4 comments