Entah la, aku pun tak tahu nama sebenar makcik ni.
Padahal sejak 2 sem lepas lagi dia akan datang sapu sampah, ganti plastik sampah, mop lantai, cuci longkang, dan cuci tandas blok tempat aku tinggal - tiap-tiap hari. Huhu.. Kadang-kadang hari minggu pun dia datang, dan itu la rutin-rutin dia. Kalau hujan dan tade budak-budak kat blok, makcik ni akan tolong angkat baju yang ada kat jemuran.
Haah, kami selalu sapa dia ngan panggilan 'makcik' je. Tiap-tiap hari, ayat dia sama je kalau tegur; "tak sekolah dik?".
Dia suka panggil kitorang, adik.. Hoho. Yang menarik tentang makcik ni, dia ada telefon tapi tak tahu cane nak taip mesej. Jadi kalu nak hantar mesej, dia akan minta tolong budak-budak yang tolong taipkan. Hehe.
Suatu pagi, makcik datang ketuk pintu bilik aku. "Tak sekolah dik arini?", tanya dia.
Kebetulan ari tu rabu dan aku tade kelas. So, aku lepak bilik je sambil carik idea tulis novel (tipuu). Jadi aku bagi katakan pada makcik, takde kelas.. Dok bilik je kot ari ni.
"Em, makcik nak minta tolong sikit, boleh?"
"Owh, bleh3.. Tolong apa makcik?"
"Makcik nak pegi bank petang ni, nak amik duit sikit. Tapi makcik tak biasa, tak pandai.. Adik boleh tolong teman makcik tak?"
"Oooo.. Boleh je. Tapi biasa makcik akan pegi ngan sape?
Lalu makcik itu pun citer, sebenarnya dia baru saja kehilangan suaminya, hari itu masuk hari ke 21. Sedih saja raut wajahnya, tapi tiada air mata. Mungkin dah puas menangis sebelum ni. Aku pun terkejut dengar. Sebelum ni tak tahu sangat pun bakcground makcik ni. Tup tup rupanya baru kehilangan suami.
Makcik citer lagi, biasanya arwah suaminya yang uruskan simpan duit, atau nak keluarkan duit dari bank. Dan ini kali pertama dia nak keluarkan duit dari bank.
Dalam hati aku tertanya gak makcik nak pakai duit untuk ape? Banyak tak simpanan makcik yang cuma seorang tukang cuci? Tapi rasanya kurang manis untuk aku tanya soklan2 tu kat makcik. Ah, biar la dulu..
"Ok takpe2 makcik, nanti pasni saya bawak makcik pegi bank, saya tolong makcik keluarkan duit ek.."
Sebenarnya dalam hati aku masih pelik nape makcik minta tolong kat aku? Mungkin dia rasa muka aku ni bleh dipercayai?? Mungkin sebab tade orang lain, kot.. Jadi petang tu aku pinjam kete member, bawak makcik tu pegi CIMB Bank. Dekat je, dalam universiti gak. Makcik tade kad, cuma ada buku. Jadi nak tak nak kena pegi kaunter.
"Adik aje la pegi kaunter, segan la makcik. Nah ni buku ngan IC. Makcik ikut belakang je. Adik wat keluar la semua yang boleh", katanya sambil menghulurkan buku banknya pada aku. Kebetulan dia dah buka siap-siap muka surat last yang update balance akaun dia. Spontan aku melihat, RM505.67 sen.
"Eh, makcik la cakap. Haha. Senang je.. Nanti len kali makcik boleh buat sendiri.", pujuk aku.
"Takpe la, segan la makcik pakai cani je.. Buruk je. Makcik ikut belakang", luah makcik. Nampaknya makcik memang segan nak berurusan sendiri. Lalu aku sahaja yang deal ngan kaunter. Makcik cuma bagi cap jari je. Setelah selesai, aku nampak wajah lega makcik biar tengok duit tu. Bila nak gerak pulang, aku memberanikan diri untuk tanya makcik;
"Makcik nak beli barang ke ngan duit ni?"
"Tak la.. Makcik dah tua, nak beli apa..", jawabnya sambil ketawa kecil.
"Haha, abis tu?", macam kurang sopan lak pertanyaan aku. Tapi dah tercakap pun. Huhu.
"Erm, senarnya makcik nak cari kambing, wat qurban ari raya minggu depan. Duit tadi tu campur ngan duit dalam tangab makcik ni, harap-harapnya cukup lah", terang makcik.
Erk, terus speechless aku dibuatnya. Aku tak terfikir pun makcik amik duit tu untuk buat qurban! Gayanya naif, gajinya mungkin kecil. Malah dia mungkin layak menerima zakat dan agihan daging qurban. Tapi, dia tetap punya niat untuk buat qurban!
"Wah, bagusnya! (dalam hati sangat kagum ngan makcik). Makcik dah jumpa ke kambing yang makcik nak beli? Kalau belum, jom kita pegi cari!", bersemangat saja aku mempelawa untuk tolong makcik carikan seekor kambing.
"Haah, belum jumpa lagi. Tapi makcik tau la kat mana tempat nak cari.. Tapi tak menyusahkan adik ke?"
"Tak, tak menyusahkan pun.. Jom!!"
Lalu petang itu kami menuju ke area Tampoi. Katanya kat sana ada orang jual kambing untuk ibadah qurban. Alhamdulillah, makcik kelihatan bersemangat saja memilih. Nampaknya makcik nak pilih yang paling baik! Kemudian bila ditanya, harganya RM750. Aku memang tak reti pun bab-bab kambing ni. Tapi dengan selambanya aku minta diskaun ngan penjual kambing tu.
"Ala, kurang la sikit bang. Saya ingat kambing besar ni harga tak sampai RM700 pun", kata aku dengan yakin.
"Takleh la dik, tu la harga pasaran. Kambing ni besar, baka elok. Yang harga RM600 pun ada, tadi tak sebaik yang ni la", terang penjual tu.
Aku cuma kesiankan makcik, takut-takut duit yang dia ada tak cukup. Rupanya makcik makcik yang teruja dok belek-belek kambing tu, tak perasan aku sedang tawar-menawar ngan penjual kambing.
Lalu terus dia tanya semula, "Elok kambing ni, berapa tadi harganya?"
"Ermm.. RM750", jawab penjual itu separuh malas dan tak yakin makcik akan memilih kambing itu.
"Haa, nah! Kira la dulu..", seraya makcik menghulurkan duit dari beg usangnya. Usahkan aku, penjual kambing tadi pun tercengan kejap. Tak sangka makcik sanggup bayar sebanyak tu. Tak lama kemudian baru dia menyambut duit itu dan mengiranya.
"Eh akak, ade labih RM50 ni..", jujur saja penjual itu memberitahu.
"Tu kira kos penghanntaran la, kan?", rupanya sengaja makcik melebihkannya.
"Eh, tak tak.. RM750 tu dah termasuk kos penghantaran", kata penjual tu yang mula tersenyum sambil menghulurkan semula sekeping not RM50.
"Alhamdulillah, boleh disimpan balik duit baki ni..", kata makcik perlahan.
Rumah makcik pun kat area Tampoi itu. Lalu aku mempelawa untuk terus menghantarnya pulang. Kambing tu plak insyaAllah awal pagi esoknya akan dihantar.
Tapi...
Alangkah terkejutnya aku bila pertama kali melihat rumah makcik. Sangat usang! Dahla dia cuma tinggal sesorang. Ya Allah, betapa Engkau kurniakan hati yang sangat kaya pada makcik ini, walaupun zahirnya dia seorang yang tak kaya.
Walaupun dia boleh menggunakan duit simpanannya untuk membeli pakaian baru, atau makanan yang lazat-lazat, atau iPad 2, tetapi dia memilih untuk membeli seekor binatang qurban. Dia layak saja menerima pemberian daging qurban, tetapi dia sanggup membelanjakan semua wangnya untuk membeli binatang qurban. Ya Allah, walaupun makcik belum atau mungkin tidak akan mampu menunaikan ibadah haji, tapi bagiku dia sudah memperoleh fadhilatnya!
Sungguh dalam hati aku malu dengan makcik. Malu kerana selama ini aku tak pernah terfikir bahawa aku sendiri telah mampu untuk menjalankan ibadah qurban. Sungguh selama ini aku dikaburi perasaan bahawa melakukan qurban itu saaangat jauh dari kemampuan aku sebagai pelajar. Tapi makcik telah menunjukkan pada aku; asalkan mahu saja, insyaAllah akan dimudahkan rezeki! AllahuAkbar!!
230220.5.11_t

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
230220.5.11_t

5 comments
kheet...real story??
ReplyDeletesedihnya...... tp me seriously tersentuh
mulianya hati makcik
not real, as usual. huhu.
ReplyDeleteimaginasi ker?
ReplyDeleteOkeh, ikut kadar pukul rata pembahagian daging kurban pom..
entah sampai entah tidak ke tangan makcik tu.
wallahua'lam
Tulisan ni partly betul, partly reka, part adapt.. adaptasi dari sebuah artikel indonesia - sebuah kisah benar di pedalaman. Cuma saya tulis semula sebab artikel tu pekat sangat pelat dia, sekadar nak berkongsi cerita itu.
ReplyDeleteYup, memang berlaku - orang yang cuma ada cukup-cukup je harta untuk wat qurban. Tapi dia tetap nak wat qurban. Kesannya tak sama ngan orang yang memang berkemampuan. Itu saja yang nak dikongsikan. Entah sampai entah tidak ke tangan makcik tu, rasanya itu bukan apa yang difikir oleh makcik tu - tapi untuk berkongsi.. hehe.
tak, maksud sampai ke tak daging qurban tu,
ReplyDeletekalau lar mengharap daging qurban yang orang bahagikan, belum tentu sampai..
selagi mampu, buat.. :)
tahun depan, belum tentu umur kita sampai kan.