Apa boleh aku katakan lagi?
Wahai wanita, hanyalah fitrah bila lelaki tertarik padamu. Pada suaramu, pada pakaianmu, pada seluruh tubuhmu. Aku yang memberitahu, mungkin kau katakan gatal, penyibuk, ntah pape, dan sebagainya.
Biarlah, tuduhlah apa-apa saja. Mungkin saja aku seorang yang gatal. Tetapi lelaki-lelaki di luar sana yang tak berkata apa-apa, mungkin jauh lebih gatal! Mereka mungkin sedang memerhati dan menikmatimu dari jauh. Mereka mungkin sedang berfikiran yang bukan-bukan. Dan sewenang-wenang saja kau menuai dosa.
Katakanlah saja kepada aku, apa-apa pun. Tapi hakikitanya aku cuma mengambil berat. Aku cuma mahu berpesan. Kerana aku tetap seorang lelaki. Yang punya perasaan, yang punya nafsu pada hawa. Dan itu adalah perkara biasa, fitrah sejak dulu lagi.
Aku tahu, kau pasti dapat rasakan sendiri andai pakaianmu ketat sendat, menjolok mata, menarik perhatian. Aku tahu engkau memang ingin kelihatan menarik, dan cantik. Tapi tak perlulah mempertaruhkan aurat dan maruahmu. Kerana itu hanya bisikan nafsu dan syaitan.
Ya, fitrah lelaki juga ingin melihat yang cantik. Cuma bukan itu saja caranya untuk kelihatan cantik. Bukan itu saja caranya, wahai wanita yang kusanjung, dan sayang.


0 comments