Hati tak berdegup laju

Ya Tuhan, hatiku tak berdegup laju
Seolah-olah tiada apa yang berlaku
Aku sendiri pelik dan tak tahu.
Tapi bagus la kan kalau begitu?

Mungkin kerana Kau Maha Tahu
Bahawa aku tak layak diuji sebegitu
Lalu janganlah dia datang kepadaku
Jika dia bukan dicipta untukku

Terima kasih kerana menyimpan perasaanku
Selagi yang selayaknya aku belum bertemu
Dan semoga dia juga sama sepertiku
Dan bersabar sebelum tiba waktu.

0 comments