Baru hampir sebulan bertunang, aku rasa menyesal. Aku rasa nak cancel je pertunangan nih. Mane tak nye, aku tengok dia garang semacam, tegas semacam. Mau kene buli aku nanti..
Yela, tau la dia lagi tua 2 tahun. Memang senior la terutama dalam bab dakwah ni. Dalam program; meeting dan sebagainya, memang dia cam berketerampilan dan tegas sket di kalangan akhawat. First time ternampak dulu pun aku dah cakap dalam hati, "mak aih, menakutkan je akak ni..."
Tegas tak tegas la, tapi aku nampak budak-budak akhawat cam rapat je ngan dia. Mesra je. Mungkin time meeting je kowt.. Mungkin depan ikhwah je kot, dia tegas. Ok la.
Tapi, tup3.. Bila aku dah final year, Ibu aku ngan sesuka-hati beliau merekomenkan aku kat akak tu.. Arghh!!
Waktu itu dia tengah amik Master. Ibu aku kebetulan adalah pensyarah akak tu dan aktif jugak dalam dakwah di kampus ni. Aku pun pelik gak apsal akak ni tak kawin2 lagi.. Muka good looking je. Then takde la nampak tua sangat. Actually dia nampak lebih muda dari usia dia. Tapi takkan tade orang approach sebelum nih. Ke sebab dia garang?? Haha, jahat tol aku..
Yang aku lagi pelik, nape la ibu aku tak rekomenkan untuk aku, akhawat2 yang lagi muda (at least sebaya) dan lagi kiut?? Susah kot kalu nanti wife lagi tua.. (dah la garang)
Jadi pada mulanya aku tak setuju, aku tolak. Aku slow talk je ngan ibu aku,
"Ibu, cari la yang muda2, comel2 sket.."
"Ala, muda la tu.. Lagi muda dari ibu, wkeke.."
"Arghh! Jangan la main2 ibu.. Orang cam tak penah terfikir lak nak kawin ngan dia. Bertaraf kakak kot.."
"Ala, 2 tahun jer... Takde halll lah!"
"Jangan la ibu... Lagipun akak tu cam power gile je bab dakwah, agama.."
"Haa, bagus la tu! Tanak yang macam tu ke?"
"Bukan... Maksud orang, orang cam tak layak je.. Doa keluar tandas pun x hafal (alasan)."
"Yela tu, ce cakap ape senarnya alasan kukuh kamu?"
"Erk!!", Ibu cam tahu je aku belum bagitau sebab utama. hoho.
"Haa cakap la..", ibu mendesak lagi.
"Senarnya ibu, akak tu cam garang semacam je.. Kang nanti kawin, orang kena buli lak", aku berterus-terang.
"Hahaha...", ibu ketawa besar.
Pastu ibu sambung, "Jangan risau la, yang ibu pilih ni pun adalah yang terbaik untuk kamu. Yakin je ngan ibu, yakin ngan ketentuan Allah. Pegi istikharah!"
Pastu aku speechless, tak tau nak cakap ape da. Aku tau ibu tak paksa pun senarnya.
Lepas 2 minggu, lepas istikharah untuk kesekian puluh kali, akhirnya aku setuju. Sebelah akak tu pun setuju ngan proposal ibu aku. Suka hati la tu ibu aku, hohoho. Lalu berlangsung la sesi taaruf (perkenalan) antara kami. Yang hadir masa tu; ibu aku, makcik Naisah (pic Baitul Muslim), naqib aku, naqibah akak tu, aku, akak tu.
Then macam kebiasaan la, muka akak tu seyes cam selalu. Muka psycho je. Pesen kot. Tapi baru perasan, kalau dia tersenyum, mak aih.. suweet jugak! Haha.
Alhamdulillah, sumenya berjalan lancar. Setelah hampir sejam stengah bertaaruf, setel. Sume benda aku tanya pasal dia. Dia pun sama. Tapi aku cam lagi banyak cakap je (nampak sangat kurang matang). Akhirnya, 2 minggu selepas tu, pihak aku ngan pihak dia kedua-duanya sepakat untuk 'meneruskan'... JADI KAWIN LA TU!!!
Lalu perancangannya adalah.... Mane leh bagitau, haha. Tapi beberapa bulan lepas aku grad nanti la, akad nikah. Bertunang lak lepas je grad. InsyaAllah.
.......
Lalu bermula lah kehidupan aku dan akak tu (still panggil akak lagi hoho) sebagai telah bertunang. Macam prosedur biasalah, even setelah bertunang pun, takkan dihebahkan kat orang luar. Pihak kitorang je tau. Sebab nak menjaga nama baik masing-masing. Wallahu'alam, mungkin perkahwinannya lewat atau x jadi, so tidaklah menjadi aib kepada kedua-dua pihak (indahkan Baitul Muslim? ;). Macam yang biasa berlaku dalam masyarakat kita. Bertunang dah macam kawin, hebah satu negeri. Lagi-lagi dalam facebook. Last-last, kalu (katakan) kawin x jadi, malu la, nak saman la, masuk Kosmo! la. Hmm..
[Ok kembali kepada citer kami] Jadi penglibatan masing-masing dalam program dakwah tetap berjalan seperti biasa, even setelah aku grad. Turun padang jugak la sebab aku pun keje kat area JB gak. Akak tu pun dah nak abis Master pun. Tapi nanti dia nak sambung lagi... Arr, ikut suka la.
Tapi yang buat aku tension, akak tu sama jer cam dulu! Tiada menampakkan bibit-bibit ke-less-tegas-an pun.. (x setegas dulu la!) Buat aku cuak je. Nampak gaya memang pesen dia la cani.. Waaaa, abes la, komfirm aku asyik kena marah je nanti!!
"ABANG!! NAPE SUSAH SANGAT BANGON TIDOR NII??!!", pergh.. Siap terbayang-bayang lagi. Menakutkan...
Dah la dia lagi tua a.k.a. matang, abes la sume dia yang kontrol...
"ABANG!!! MANE BOLE TAK MINUM SUSU!!", terbayang-bayang kena marah lagi.. Wuuuuu~
Jadi, cane aku tak tefikir untuk cancel je pertunangan nih?? Baik la amik jalan selamat, pilih yang lebih muda dan TAK GARANG! Lalu aku slow talk lagi ngan mak aku, dengan harapan beliau bersimpati dan bersetuju ngan keputusan aku.
"Haha, kamu ni tinggi sangat imaginasi.. Jauh benor mikirnye. Rilek-rilek sudaa...", selamba je ibu aku balas.
"Jangan risau la, ibu kenal sangat 'akak kamu' tu.. haha.", ibu sambung lagi.
.....
Dan akhirnya pada 3 Januari 2013, kami sah bergelar suami isteri. Atau dalam erti kata lain, husband and wife! Chewahh. Alhamdulillah.
Lalu, sebaik bermula detik itu, sebaik pertama kali aku menyentuh tangan akak tu (arr dah terbiasa panggil akak), aku mula dapat merasa kelembutan hatinya. Dan juga senyumannya yang paaaaaling suweet!! Ah, susah nak explain. Seolah-olah isteri aku sekarang dan 'akak tu' bukan orang yang sama!
Dan setelah menjalani kehidupan awal berdua ni, aku langsung tak melihat ketegasan dia, kegarangan dia. Yang ada cuma lemah lembut, manja dan menurut saja setiap kata-kata aku (Dulu dalam meeting program bukan main berdebat, hahaha). Dan dia membuatkan aku merasa lebih matang, lebih tua, dan layak memimpin dia! Subhanallah. Dirinya begitu menyenangkan hati. Kalaupun aku susah sangat nak bangun awal pagi (memang pun:), dia akan kejut aku ngan saaaangat sopan. Hingga membuatkan aku tak sampai hati nak sambung tido, haha.
"Abang, bangun bang.. Lagi stengah jam nak masuk Subuh ni. Tak best la ayang semayang malam sesorang.. huhu. Meh teman ayang meh..". Hmm, cane aku x bangun...
Oh isteriku yang cantik jelita dan rupawan
Wajahmu dulu sentiasa dalam ingatan
Bukan kerana wajah secantik jelitawan
Tapi kerana kegaranganmu yang menakutkan
Oh isteriku yang cantik jelita dan mempersona
Abang ingat ayang ni tegas orangnya
Rupanya selama ini abang tersalah sangka
Padahal ayang ni caring sebenarnya
Oh isteriku yang cantik jelita dan kelihatan muda
Not bad rupanya dapat isteri lebih tua
Abang ingatkan nanti ayang nak kontrol sume benda
Tapi rupanya ayang tetap pastikan abang sebagai raja ;)
Oh isteriku yang cantik jelita dan cute
Dulu abang takut selalu kena marah-marah je
Rupanya ayang ni lemah-lembut gile
Kejut abang bangun pun dengan manje
Oh isteriku yang cantik jelita dan suweet
Abang ingatkan ayang jenis poyo sikit
Nak senyum pun susah terlihat
Rupanya bila dirimu tersenyum, suweet bangat
Oh isteriku yang cantik jelita bak puteri
Dah banyak ni abang puji
Bukan ape, nak tunjuk betapa abang menghargai
Dikurniakan ayang sebagai isteri :)
[Ok sampai sini je citer ni :] 231007.22.11_a
pendidikan moral; jangan takut kawin isteri lagi tua. paling penting agamanya, (dan nmpak muda;)



4 comments
aishh.. another chapter of bab kawen.. good cerpen bakheet :P
ReplyDeletehaha. nothing to do wif me. but it happens somewhere.
ReplyDeletemakcik Naisah ye.
ReplyDeletedah mula berhubung fikiran ye. ye.
haha. cool.
kes macam senior saya. husband dia 2 tahun lagi muda, baru cuti sem 4 bulan tu mereka kahwin. husband dia pom muka matang, senior saya baru grad.. :)
ReplyDeleteare we related somewhere? haha..that guy orang pantai timur.