Bila ek raya haji tahun ni?
Ada satu citer pasal raya haji, yang aku terbaca kat sebuah tulisan dari Indonesia. Jadi latar citernya pun dari sana la - pedalaman kot. Pekat gak dialeknya, jadi aku rasa nak tulis semula!
Citernya simple jer. Kisah penjual lembu yang rata-rata mendapat pulangan berganda setiap kali tiba musim haji. Lalu mereka pun bersemangat membawa lembu masing-masing ke pekan untuk dijual. Mereka yakin kesemuanya pasti terjual!
Lalu begitulah halnya - setelah petang, semua lembu telah ada pembelinya. Memang ramai yang mahu berqurban kali ini. Tetapi tinggal seorang saja penjual lembu yang masih belum terjual lembunya sebanyak 5 ekor. Dia bimbang sementelah hari sudah mahu senja. Kelihatannya mungkin tiada lagi yang mahu datang membeli.
"Aduh, takkan aku nak wat balik semula lembu-lembu ni.. Rugi la cani..", katanya perlahan.
Lalu anaknya yang turut sama berkata, "Ayah, kulihat sudah banyak lembu kita yang terjual untuk diqurbankan. Namun belum pernah kulihat ayah sendiri yang menjalankan ibadah qurban"
Tersentak si ayah mendengarnya. Rasa kerugian kerana baki 5 ekor yang masih belum terjual itu, tercampak jauh-jauh!
"Ya Allah, kau benar anakku. Ayah sering menyangka bahawa aku tidak pernah berkemampuan. Padahal itu semua permainan syaitan. Baiklah, ayah akan qurbankan kesemua 5 ekor lembu ini untuk diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan!", seraya dia memeluk erat anaknya itu.
Yup, cukup bermakna citer ini. Kita mungkin selalu menyangka kita belum mampu atau perlu membuat ibadah qurban. Fikirnya, "Ah, duit makan aku bulan ni pun belum tentu cukup!"
Atau mungkin kerana (orang Malaysia) beranggapan, "Ala, negara kita dah maju, sikit je orang susah. Lagipun macam dah ramai je orang yang buat qurban ni.. Da cukup la tu.."
Ibadah qurban yang dibuat itu pun lebih kepada semata-mata untuk meraikan hari raya Qurban je. Kalau camtu, apakata kita tengok pula negara-negara Islam yang lain.. Apakata kita sumbangkan kepada rakyat mereka untuk lakukan ibadah Qurban? Lagipun sekarang dah senang, banyak agensi yang sedia membantu sampaikan sumbangan kita ke negara-negara tersebut.
Jadi, sama ada berqurban di kampung @ kepada rakyat Palestin, jom kita mulakan tahun ni!! ;)
p/s: Ku bangga ngan mak aku walaupun kewangan kat rumah xde la ok sangat, belanja banyak, tapi tiap-tiap tahun mesti dia prepare duit untuk ibadah qurban at least 1 bahagian ;)

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (riwayat Imam Tirmizi dan Al-Hakim)
Jadi, sama ada berqurban di kampung @ kepada rakyat Palestin, jom kita mulakan tahun ni!! ;)
p/s: Ku bangga ngan mak aku walaupun kewangan kat rumah xde la ok sangat, belanja banyak, tapi tiap-tiap tahun mesti dia prepare duit untuk ibadah qurban at least 1 bahagian ;)

2 comments
sekarang, satu bahagian dalam rm300...
ReplyDeletekalau dah bekerjaya,
tolak bulan2 expenses insyaAllah cukup.. :)
kalau student dapat tajaan jpa ker apo lagi lar berkemampuan.. :)
selamat menjalankan ibadah qurban..
insyaALLAH kheet. akan ku turut nasihat mu.. hehehe sama la ng ma kito.. tiap tahun mesti ado bahagian duet dio sipey nk qurban..gano xtahu dio manage duit dio
ReplyDelete