Umurku masih bersisa

Semalam, tatkala azan sedang bergema menandakan sudah masuknya waktu berbuka, aku masih membonceng motosikal, pulang dari mencari ayam golek idaman keluarga tersayam. Lalu terlalu lajulah motosikal kupecut.. Zzzzuuff!!

Tetiba-tiba, segerombolan kambing yang entah dari mana, melintas dihadapanku dengan dengan gelabahnye tanpa melihat kiridan kanan. Mungkin tergesa-gesa mahu pulang berbuka dikandang agaknya. Justeru tiadalah mampu kulakukan apa2 melainkan membrek semampu mungkin.. Ehekhekhek!!

Namun hatiku berkata tiadalah sempat untukku berhenti. Lalu dalam hati hanya mampu bertawakkal, sedang kambing2 tersebut masih lagi rakus melintas jalan. Aku tahu andai seekor sekalipun yang kulanggar, pasti motosikalku akan hilang kawalan.

Ketika hati masih berdebar memikirkan adakah ini kesudahannya hidupku, tetapku sedaya upaya cuba mengelak makhluk2 tersebut.

Dan akhirnya, hanya seekor saja yang mengena. Itupun kambing tersebut sempat membrek dengan cuaknya. Lalu sekadar kaki kiriku yang mengena kambing tersebut, dan tercabutlah selipar Umbro ku. Motosikal dapatku berhentikan dengan selamat. Alhamdulillah, itu sahaja yang berlaku, umurku masih bersisa ;p

Keterangan ayat; bacalah doa menaiki kenderaan ;)

2 comments