Aku plan nak balik kampus hari Kamis lepas, malam. Sebab abah dah sembuh, bleh keluar hospital. Tapi adik aku kat shah alam call, esoknya dia balik rumah. So aku pun cancel balik malam tu. Lama tak jumpa dia. So aku pun beli tiket train untuk balik hari Jumaat, malam. Then malam tu aku call balik adik aku, rupanya esok dia baru nak gerak. Maknanya lusa, Sabtu baru sampai rumah.. Oh, salah faham. Tapi tiket dah beli, nak wat cane.
Jumaat malam tu, abah berkeras nak hantar aku, walaupun ma tak bagi. Ma suruh abang aku je yang pegi hantar sebab abah baru je kluar hospital, lemah lagi. Tapi abah nak jugak hantar. Abah, kalau dia kata putih, memang putih la. Tade sape bleh ubah. Terasa aku ni balik macam menyusahkan lak.. huhu.
Kami sampai stesen pukul 8.25 malam. Train akan sampai jam 8.45 malam. Abah tanya dah makan ke belum? Aku kata belum sebab kat rumah tadi kenyang lagi makan bubur kacang. Abah tanya nak makan dulu tak? Aik! Pelik abah ni. Ni mesti dia yang teringin nak makan luar. Haha. Jadik aku cakap, bleh jugak.. Pastu abah drive lagi cari kedai makan. Jadi kami makan pun dalam keadaan nak cepat, takut terlepas train je. Benda alah tu kan tepati masa!
Dan akhirnya, kami memang terlepas.. terlambat 7 minit. Sebelum ni tak penah pun datang lambat kalau nak naik bas ke, train ke. Abah memang akan samapi at least setengah jam awal. Tapi tetiba lak malam ni nak makan dulu. Mungkin sebab nak aku jumpa jugak adik aku. Hehe.. Burn lah tiket malam tu..
Esoknya, Sabtu, aku beli tiket lain. Balik malam tu la sebab lusa nanti ada kem. Barang2 tak kemas lagi. Dan alhamdulillah malam tu semuanya baik-baik je, aku selamat naik train dan selamat sampai..
Bangun pagi esoknya, Ahad, aku berfikir.. Semalam aku tido di kota bharu, dan pagi tadi aku bangun tido di johor bahru. Ohye, aku naik kereta api yang tiket katil punye. Tido memang macam kat rumah la, cuma ade elemen goyang-goyang sket. Lalu terfikir lagi, kalau malam ni aku tido di dunia, dan pagi esok aku bangun.. di alam kubur!! Camne ye?
Kan biasa kita dengar orang mati ketika tidur? Takyah naik ape-ape kenderaan. Cuma "kun fayakun..", terus pergi. Hmm. Astagfirullah..
231910.15.5_a


0 comments