Aku cuma sorang driver bas (part 5)

Brrr..

3 minggu selepas pertunangan, Izzah kembali ke Ireland. Itu la last kami jumpa. Jumpa je la, berkata-kata sepatah pun tak. Sebab tade keperluan kot. Aku sendiri pun dah sambung pengajian masa tu. Tapi sebelum tu, aku dah citer hal yang sebenarnya kat pakcik Hashim - pasal pengajian aku.

Tanpa berselindung, aku pun citer la kat pakcik Hashim - aku ni student UTM, amik senibina, skarang study leave, ade lagi setahun, ni dah nak sambung balik, bla bla bla.. blur blur blur... Sampai sepatah pun dia tak menyampuk, excited bebenor! Bila habis aku story, dia tanya nape tak bagitahu Husna masa merisik dulu? Aku pun citer, memang tanak bagitahu pun sebab aku tanak dia pilih aku bersandarkan ape yang belum pasti (Degree), tapi biarlah sebab ape yang aku ade mase tu. Lagi pun teruk sangat ke kerja driver bas? Biarlah tak sebesar gaji engineer ke, cikgu ke, tapi tetap keje dalam aircond! Bas aku kan ade aircond.. Haha.

Aku memang nak uji Husna pun. Kalau dia sudi terima aku dalam keadaan aku seorang driver bas, pastu dengan agak selekehnye, maksudnya dia memang ikhlas. Kalau dia terima sebab aku bakal seorang arkitek, tapi ditakdirkan jatuh susah di kemudian hari, adakah dia sanggup bersama aku masa tu?? Ce jawab, ce jawab, ce jawab..

Tapi alhamdulillah Allah berikan pada aku yang lebih baik - Izzah, yang sudi menerima aku seadanya. Cuma aku minta pakcik Hashim jangan bagitahu kat Izzah lagi benda ni. Biar dia ingat aku masih bawak bas.

Penah jugak aku hantar emel kat Izzah. Tapi langsung tak berbalas. Facebook pun aku tak sure ade ke tak. Lepas 2 bulan aku dah geram apsal la minah ni poyo sangat. Aku tanye kabar je pun. Ke dia memang tak suka kat aku? Akhirnya suatu hari dia balas, tu pun lepas 4 kali aku hantar emel! Yang last tu memang tulisan aku emo gile. Tensen. Tapi tulisan dia tu membuatkan aku sedar diri dan rasa bersalah sangat.

Nak tahu dia tulis ape? Ni aku dedahkan;

Waalaikumussalam w.b.t. untuk salam-salam awak selama ini.

Maafkan saya kerana mendiamkan diri
Menyepi dari membalas surat yang diberi
Bukan kerana ada perasaan benci
Jauh sekali kesal dengan ikatan pertunangan ini

Telah lama saya yakinkan diri
Bahawa awaklah bakal suami
Bukan sebarangan orang tapi hebat sekali
Apatah lagi ibubapa pun telah merestui

Namun sebelum kita punyai ikatan hakiki
Eloklah rasanya kita menjaga diri
Dijauhkan dari berhubung semahu hati
Bimbang kerana syaitan sentiasa menanti-nanti

Menjerat hati kita yang mudah lalai
Membuat kita rasa indah sekali
Bila dapat meluahkan isi hati
Walaupun belum bergelar suami isteri

Tak perlulah bertanya setiap hari
Sihatkah atau tidak saya di sini
Jika tiada keperluan yang penting lagi
Biarlah dulu kita dengan kehidupan sendiri

Wassalamualaikum.
Teettt!!! Malu giler rasa.. Hohoho. Tapi aku faham apa yang dia maksudkan. Dan aku lega dengan pendiriannya. Alhamdulillah. Lepas tu aku da tak balas lagi. Sebab memang tade keperluan yang penting pun. Lepas hari tu, aku dengan kehidupan aku, dia ngan kehidupan dia. Cuma kekadang contact la ayah dia tanya kabor..

Namun, kita hanya merancang tapi semuanya ditangan Tuhan. Sebulan sebelum Izzah bakal menamatkan pengajiannya, aku mendapat berita dia terlibat dalam kemalangan jalan raya! Pakcik Hashim yang hubungi aku. Tapi masa tu belum tahu sejauh mana keadaan Izzah. Kemudian banyak kali aku call pakcik Hashim semula tapi tak dapat. Jadi aku terus balik ke kampung berjumpa family mereka.

Alangkah menangis hati aku bila mereka mengesahkan Izzah telah meninggal dunia akibat kemalangan itu. Ya Allah, waktu itu aku rasa lemah sangat. Tapi apalah sangat kesedihan aku jika nak dibandingkan dengan pakcik Hashim sekeluarga. Sebelum ini aku sangat meyakini bahawa jodoh itu memang milik kami berdua. Kami akan tetap disatukan, tiada apa yang akan menghalang. Tak pernah terlepas untuk aku berdoa selepas solat agar kami dipelihara dan akan selamat diijab-kabulkan. Namun rupanya bukan itu jalan yang Allah sediakan buat kami.

Aku redha, tapi bukan sekejap waktu aku perlu untuk menerima semua ini seikhlasnya. aku selalu terbayangkan Izzah yang sangat terjaga agamanya, pakaiannya, tutur katanya, patuhnya dia kepada ibubapa, cantik - siapalah yang mampu mengganti..

Jenazah Izzah telah selamat dikebumikan di sana, menurut pakcik Hashim. Kebetulan urusan di sana dipermudah kerana Izzah punya banyak kenalan orang tempatan. Lagipun jika dibawa pulang ke Malaysia, akan memakan masa yang agak lama. Sedangkan jenazah sebaiknya dikebumikan secepat mungkin.

Hari-hari aku selepas itu juga berubah. Ketika itu aku dah pun tamat pengajian dan telah bekerja. Jadi aku bercuti agak lama untuk berada di kampung dan selalu menziarahi keluarga pakcik Hashim. Hanya itu yang mampu aku buat untuk memberikan semangat pada mereka. Seisi keluarga terutama Husna sangat terkesan dengan pemergian Izzah, apatah lagi pusaranya pun tiada di sini sebagai pengubat rindu. Kehilangan adik kembarnya sangat mengejutkan dia. Kami semua hanya mampu berdoa selalu agar roh arwah Izzah aman di dunia sana. Aku?

Aku rasa terkilan sangat, kerana kami tak pernah berhubungan. Tapi mungkin itulah yang terbaik untuk kami. Aku masih ingat, hanya 2 kali arwah tersenyum pada aku - ketika pertama kali berjumpa dalam bas, dan ketika dia menghidangkan minuman sewaktu aku mengajar tuisyen di rumahnya.

Ketika hari pertunangan pun, dia hanya menundukkan pandangan, langsung malu untuk bertentangan mata dengan aku. Begitu juga sewaktu menghantarnya 'kali terakhir' di lapangan terbang dulu.. Tiada senyuman, sekadar merenung kepadaku. Tapi, raut wajahnya tetap jelas dalam ingatan aku.

Aku sendiri tak sangka, yang aku tersangat memikirkan arwah. Hinggakan.. Aku menulis surat dan hantar ke emel dia! - walaupun aku tahu tiada siapa yang akan membuka, atau membacanya..

Buatmu.. Ayatul Izzah binti Mat Hashim,

Maafkan aku kerana tetap menulis perasaaku
Walaupun dulu kau pernah menegahku
Walaupun ku tahu kau takkan membacanya
Tapi aku sudah buntu mahu meluahkan pada siapa

Maafkan aku tetap memikirkanmu
Walaupun kau telah pergi jauh dariku
Walaupun sudah tiada lagi jodoh kita berdua
Tapi aku sudah buntu untuk melupakanmu

Maafkan aku tetap menyintaimu
Walaupun kita tak pernah bercinta dulu
Walaupun pertemuan kita cuma sekali dua
Tapi aku sudah buntu untuk membuang perasaan itu

Maafkan aku tetap akan menunggumu
Walaupun sampai bila aku tak tahu
Walaupun penantianku mungkin sia-sia
Tapi aku sudah buntu untuk menyintai wanita selainmu..

Salam sayang, dan kita tetapkan bersatu.

Tak lama selepas itu, keadaan menjadi semakin pulih. Aku pun dah kembali bertugas. Keluarga pakcik Hashim pun semakin baik keadaannya. Sejak peristiwa itu sampai sekarang, hal perkahwinan aku dan arwah Izzah langsung tak disentuh. Mungkin pakcik Hisham tahu yang aku memang mengerti dan tade ape yang boleh mengubah takdir.

Hampir setahun berlalu.. Aku kini gemar berfacebook, seperti orang lain gak kot. Aku banyak meluahkan isi hati aku kat sana. Tulisan aku seolah-olah tersangat 'down' dengan apa yang menimpa. Yang membuatkan hati aku sedikit gembira, ada sorang friend yang sangatlah suka memberi motivasi pada aku. Dia selalu ingatkan, musibah yang kita lalui mungkin jauh lebih kecil berbanding orang lain. Menurutny, dia sendiri pun diuji dengan kedua-dua kakinya lumpuh. Mujurlah dia punya sahabat-sahabat yang selalu membantu dan memberikan sokongan.

Antara yang dia penah tulis, "selalulah berdoa pada Allah agar diberikan kekuatan dan ditunjukkan hikmah atas apa yang terjadi. Orang yang bersabar pasti akan menerima ganjaran yang setimpal oleh Allah.."

Suatu hari ketika aku balik kampung bercuti, aku singgah jap ke rumah pakcik Hashim. Dalam borak-borak kosong tiba-tiba dia tanya pasal arwah. Sebak gak la aku rasa.

"Kau dah ade pengganti Izzah?", tanya dia.

"Ntah la pakcik, tak terfikir pun.. Saya rasa takde orang boleh ganti dia", aku jawab dengan nada yang lemah.

"Kalau Husna?", pakcik Hashim tanya lagi.

"Hah! Husna? Bukan dia dah ada pilihan dia sendiri ke pakcik?", aku masih terkejut dengan pertanyaan tu.

Sambung pakcik, "Itu dulu.. Tapi dia bagitahu pakcik, dia sayu, kagum melihat kesetiaan kau pada arwah Izzah. Kau tetap macam dulu, seolah-olah kau sedang tunggu dia pulang semula. Tapi itukan tak mungkin berlaku.. Mungkin Husna dan Izzah tu 2 orang yang berbeza. Tapi mereka adik beradik kembar, wajah mereka seiras. Kalau Husna dapat menggantikan tempat Izzah di hati kau, dia sanggup!"


[to be continued - last episode!!]

0 comments