Kerana tersangat muak ngan study kat universiti, aku pun amik keputusan untuk break kejap - study leave. Aku pun x tau untuk berapa lama. Pengajian aku masih berbaki setahun. Bukan dah malas belajar. Tapi aku betul2 nak lari kejap.. Release tension, recharge balik semangat untuk belajar. Result yang semester latest memang teruk tahap gaban, x yah citer ah.. Bila aku bagitau mak aku, dia melenting la ape lagi. Maunye beliau x marah.. Tapi melihatkan aku ni memang dah nekad, mak akhirnya mengalah gak. Jadi bermula la hidup aku untuk buat sesuatu yang jauh dari study, jauh dari senibina.. Aku balik kampung. Sebenarnya aku nak lalui balik kehidupan masa zaman sekolah dulu.. Tapi ape la aku bleh buat..
Mula-mula ingat nak keje kat supermarket tapi aku ni jenis cepat boring.. Pusing satu supermarket 2 3 kali pun dah boring. Hoho. Nak keje kat pam minyak lak skarang dah tade, sume layan diri. Jadi pelukis jalanan, x cukup konfiden lagi.. Ishk.
Lepas seminggu blur-blur kat rumah,last-last aku gi mintak keje jadi driver bas SKMK (bas henti-henti). Dulu zaman sekolah, selalu gak la aku balik naik bas.. Aku suka perhatikan pakcik driver, kiranya memang admire la keje driver bas nih. Tengok cam best je. Haha. Tambah-tambah bila tengok orang ucap ‘tima kasih bang..’ kat driver tiap kali mereka turun.. Rasa jadi driver bas ni dihargai gak la.. hehe. Jadi ape salahnya aku try. Hmm..
Lepas temuduga, nasib baik aku lepas. Pastu aku ambik ujian JPJ, Alhamdulillah sekali je terus lepas. Jadik untuk permulaan ni, aku cuma bawak bas yang dah agak lama, dan route yang pendek je untuk ke bandar Kota Bharu, bas no. 8. Dalam masa yang sama, aku ulangkaji balik buku Matematik Tambahan, sebab plan nak buat kelas tuisyen persendirian belah malam.. Sekali dua seminggu pun ok gak kalu ade yang berminat. Subjek feveret nih mase sekolah!
Okeh, citer bas balik.. Fisrt time bawak bas, mak aih memang jakun & excited sangat! Hahaha.. Senyum je manjang.. Penumpang pun agaknye heran tengok aku ni muda-muda dah bawak bas.. Mesti dalam hati diorang cakap, “Siannye budak nih.. mesti ngaji x tinggi, terpakse bawak bas jek.” Ah laktak lah.
Rupanye x la menyeronokkan sangat bawak bas nih. Kadang-kadang aku terlajak stop skit, pun kene marah ngan penumpang. Kadang-kadang brenti awal sikit pon kene marah.. Biasa golongan makcik-makcik la yang camtu, xleh nak cakap ape la. Nanti jadik anak derhaka lak, menjawab orang tua. Hehe. Tadah telinga ajo lah.
Masuk sebulan lebih aku jadik driver, suatu hari tu bas aku rosak. Tiba-tiba mati. Maklum la bas senior.. Penumpang lak penuh! Dah la hujan lebat sangat, Jadi aku x dapat nak turun tengok kat belakang nu ape yang rosak (macam la reti sangat). Aku just call pejabat je suruh hantar bas ganti.
Dalam bas yang tade aircond tu, lama-kelamaan penumpang mula bising, merungut-rungut.. panas la sikit sebab tingkap tutup. Dok borak-borak sesama diorang je.. kecik ati gak la aku, tade pun orang yang borak ngan aku.. mentang-mentang la driver bas buruk je. Aku pakai pun agak selekeh je. X pelah.. Aku pun buat-buat la main henset, tulis mesej, padahal…
Tetiba ade sorang budak pompuan tegur, “Dah lame ke bawak bas, bang?..”. Tekezut punya pasal, terjatuh henset aku. “Err, baru gak la dik..”
Aku pandang kat dia, gaya macam orang dah keje. “Oo.. kira memang tak pandai la nak repair sendiri bas ni?”, dia tanya lagi.
Perghh! Cantik bahasa. Geram je aku dalam hati. “Kan hujan ni dik, cane saya nak turun tengok? Jangan risau, kejap lagi bas ganti sampai..”, aku cuba jawab ngan nada yang cool. Pastu budak tu terus tak layan aku. Waa sadis tol.
Dalam setengah jam, bas ganti sampai gak. Datang sekali ngan pomen. Hujan pun dah tak lebat sangat. Jadi semua penumpang pun keluar la dari bas aku. Sorang demi sorang.. tanpa menghiraukan aku. Dalam dok layan feeling, tetiba satu suara sapa aku. “Bang, tima kasih ye..”. Rupanya penumpang yang last. Aku cuma senyum.
Hari-hari yang mendatang, kehidupan aku macam ni la.. siang bawak bas, malam mengajar tuisyen 2 kali seminggu. Alhamdulillah, ade 3 4 orang kawan kepada adik aku ni berminat belajar ngan aku. Nasib baik silibus zaman aku ngan skarang tak banyak beza sangat, cuma dalam BI je. Kadang-kadang tu semput gak nak jawab soalan diorang bagi, lupa jalan penyelesaian. Pastu bagi alasan kat diorang, “Err.. memandangkan kelas dah nak tamat, kita bincang soalan ni dalam kelas seterusnya okeh?”. Hahaha.. Ishk, kena buat revision lagi la ni.
(bersambung tahun depan..)
(bersambung tahun depan..)
232255.24.3_o


0 comments